Langsing Selepas Bersalin

Sunday, October 12, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Alhamdulillah.. Tahniah!! Khusus buat pembaca yang baru sahaja melahirkan cahaya mata.. Mungkin ini pengalaman pertama atau mungkin juga ada yang sudah beberapa kali melahirkan. Juga diucapkan selamat berpantang.. ;-)



Namun, menjadi kegusaran kepada ibu-ibu yang melahirkan ini kerana sepanjang tempoh kehamilan berat badan naik mencanak. Kini, berhempas-pulas untuk menurunkannya pula. Peringatan!!! Jika anda masih berada dalam fasa awal kelahiran bayi, anda SANGAT TIDAK DIGALAKKAN untuk berdiet.


Jadi, bagaimanakah caranya untuk saya kembali langsing malah lebih cergas berbanding dahulu??

Bukan anda sahaja berfikiran begitu, bahkan hampir setiap wanita inginkan bentuk tubuh yang ideal lagi menawan. Namun, fasa kehamilan dan kelahiran yang dilalui telah mengubah pelbagai aspek fizikal tubuh dan juga emosi.

Semasa hamil, purata berat badan meningkat sekitar 15 hingga 20 kilogram. Manakala selepas melahirkan pula, anda akan kehilangan sekurang-kurangnya 6 kilogram. Anda akan mengalami penurunan demi penurunan berat setelah rahim anda kembali ke saiz asal dan juga jika anda menyusukan bayi anda secara eksklusif. Penyusuan secara eksklusif ini sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan kerana susu dihasilkan daripada simpanan lemak dalam tubuh dan berupaya membakar lebih banyak tenaga. 

Jika anda tempoh hamil mengambil masa 9 bulan, maka mustahil untuk anda menurut berat badan dengan sekelip mata. Berikan masa untuk tubuh kembali kepada bentuk asal. Pada awal tadi ada dinyatakan bahawa anda sangat tidak digalakkan untuk berdiet pada bulan-bulan awal setelah kelahiran. Untuk memberikan bayi cukup nutrien hanyalah daripada susu ibu. Jadi, sekiranya ibu mengambil makanan yang berkhasiat, maka susu yang terhasil juga berkhasiat. Jika ibu melangkau waktu makan, maka nutrien dalam susu akan berkurangan. 

Anda perlukan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk mendapatkan berat dan tubuh yang ideal. Maka, anda harus merancang pemakanan dan juga senaman. Sewaktu pantang, anda mesti mendisiplinkan diri dalam pemakaian bengkung, berurut untuk melancarkan aliran darah, elakkan meminum air sejuk dan juga amalan-amalan yang wajar dilakukan. Amalan sebegini sebenarnya secara tak langsung mempercepatkan untuk anda kembali kepada bentuk asal. Namun, bukanlah sekelip mata ye!!!

Yang pasti anda perlu menjaga pemakanan dan rajin membuat senaman. Antara senaman yang paling mudah dibuat ialah senaman Kegel tanpa sesiapa pun mengetahui jika anda sedang melakukannya. Kebaikan senaman ini ialah ia dapat mengetatkan kembali otot lantai pelvik selepas bersalin.

Selain itu, berjalan juga merupakan satu bentuk senaman yang baik. Berjalan-jalanlah mengambil udara yang segar di waktu pagi sambil menyorong bayi anda. 

Membuat kerja rumah juga merupakan satu bentuk senaman. Manfaatkan setiap tugasan yang dibuat dan buatlah dengan penuh kegembiraan. Menyapu, mengemas dan sebagainya. Elakkan mengangkat benda berat di awal waktu selepas kelahiran. 

Anda juga boleh mengikuti kelas yoga, pilates atau pun aerobik.

Beberapa tips untuk anda bagi menjayakan misi Kembali Langsing Selepas Bersalin :

  • Sekiranya ada sindiran tentang bentuk badan anda, jadikan ia.sebagai pembakar semangat anda untuk menurunkan berat badan.
  • Jangan melangkau waktu makan utama seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam. Makan pada waktu yang betul. 
  • Mengambil snek berkhasiat (karbohidrat kompleks) seperti oat atau kurma jika berasa lapar.
  • Elakkan minuman manis, berkaffein dan berkarbonat. 
  • Elakkan makanan bergoreng dan berlemak. 
  • Makan dengan kuantiti sedikit tetapi kerap. 
  • Amalkan senaman 30 minit sebelum sarapan dan 30 minit sebelum tidur.
Anda juga boleh mengamalkan suplemen Shaklee Set Bersalin Slim untuk kesihatan semasa berpantang sambil membantu anda menurunkan berat badan walaupun menyusukan. 




Walaupun begitu penjagaan pemakanan dan senaman TETAP DIUTAMAKAN!! 

Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui: 
♥Shaklee ID 964127 
♥NOORASMAH KARIM 
♥Contact :019-7399253 
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522 
♥FB Page: 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

1 comments

  1. lepas bersalin mesti buncit kan!! mujur saya mengamalkan set berpantang + set menyusu shaklee..skrg tak buncit lagi!!

    jom baca info ini >>>
    http://bit.ly/1sqLgui

    ReplyDelete

Apa Kata Anda

Instagram