Khasiat Jus Segar untuk Kesihatan

Friday, October 24, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Suka minum jus tak? Jus apa yang paling
anda sukai? Saya sangat suka jus Oren. Tapi lebih gemar yang buat sendiri. Kalau jenis yang minum Kedai tu, jus dia kemain lagi manisnya macam Lori gula terbalik. Kalau yang cair tu macam minum air bewarna je.


Kebaikan Jus

Jus sememangnya memberikan hasil yang baik untuk kesihatan. Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan pelengkap kepada tubuh. Jus adalah bentuk yang paling mudah diambil untuk diet sihat yang baik. Sungguhpun begitu ada juga yang mengambil mudah tentang khasiat jus.

Gaya hidup masyarakat masa kini sering mengabaikan pemakanan yang sihat Dan juga amalan bersenam. Makanan segera yang penuh dengan lemak tepu, garam dan bahan pengawet menjadi pilihan tanpa disedari ia menjadi penyebab kemerosotan kesihatan.

Cara sebegitu dapat dielakkan sekiranya corak pemakanan diubah dengan melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika ingin lebih mudah, ambil dalam bentuk jus. Melalui buah dan sayur, vitamin, mineral dan fitokimia yang ada padanya dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit. Zat-zat tesebut juga membantu merawat masalah luaran seperti masalah kulit,kesihatan mata Dan imuniti.


Jus sesuai untuk semua

Jus sangat sesuai untuk semua peringkat umur dari umur setahun hingga ke peringkat warga emas. Mereka yang tidak gemarkan sayur dan buah secara terus sesuai mengambil jus sebagai gantian. Bagi warga emas yang bermasalah mengunyah, jus juga sangat sesuai untuk mereka. Hal ini kerana sesetengah buah adalah keras untuk digigit seperti jambu batu, epal, pir dan sebagainya. Untuk bayi, ada sesetengahnya menjadikan sayur dan buah sebagai jus dan ada juga menjadikannya sebagai puri untuk hidangan mereka.



Tips menjaga khasiat jus

  1. Minum jus serta-merta untuk mengelakkan hilang khasiatnya.
  2. Simpan jus di dalam peti sejuk menggunakan bekas yang kedap udara. Jus hanya bertahan 3 hari di situ sebelum is tercemar.
  3. Jus yang terdedah kepada persekitaran lebih lama akan teroksida,justeru kehilangan zat sedikit demi sedikit.


Jika anda terlalu "rajin" untuk mengisar jus sendiri, pastikan anda membaca label pada produk jus yang dijual di pasaran. Pastikan tiada gula tambahan pada jus anda.


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

1 comments

  1. Saya suka jus avocado. ..ianya berkhasiat dan sangat lazat. Memnag penting minum jus ini bagi kesihatan kita. Nak kulit cantik..? Mestilah kena ambik jus.

    ReplyDelete

Apa Kata Anda

Instagram