Khasiat Air Kelapa Muda untuk Ibu Hamil

Thursday, October 23, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522


Nikmatnya menikmati air kelapa di kala cuaca panas untuk membasahkan tekak yang dahaga. Lebih best lagi jika dinikmati terus secara segar untuk mengelakkan dehidrasi. Air kelapa juga dikatakan sebagai penawar kerana terkandung di dalamnya pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh.

Bolehkah ibu hamil meminum air kelapa? 



Wanita hamil sangat memerlukan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan diri dan juga janin dalam kandungan. MENGAMBIL AIR KELAPA SEMASA HAMIL juga membantu meningkatkan kesihatan ibu dan janin. Air kelapa menjadi kepercayaan di sesetengah tempat bahawa ia mempunyai manfaat untuk ibu-ibu yang hamil khususnya air kelapa hijau.

Ada juga sesetengah pendapat mengatakan bahawa amalan meminum air kelapa pada trimester akhir kehamilan membantu membersihkan air ketuban. Bayi yang lahir akan mempunyai kulit yang bersih, rambut lebat dan mata yang cantik. Sejauh mana kebenarannya??! 

Khasiat air kelapa untuk ibu hamil 

  • Tinggi Kandungan Elektrolit 
Air kelapa muda kaya dengan kalsium, kalium, magnesium, riboflavin, klorida dan natrium. Air kelapa bertindak sebagai isotonik yang mempunyai elektrolit sama seperti bendalir tubuh. Air kelapa bermanfaat untuk mengelakkan dehidrasi dan memulihkan stamina. Ibu hamil juga kerap mengalami dehidrasi yang menyebabkan sakit kepala, edema dan kekejangan. Meminum air kelapa membantu masalah dehidrasi di kalangan ibu hamil. 

  • Ciri Diuretik Semulajadi 
Ciri diuretik pada air kelapa terbukti melancarkan proses pembuangan air kencing dan membersihkan saluran kencing. Meminum air kelapa muda dapat mencegah jangkitan pada saluran kencing di kalangan ibu hamil. 

  • Sebagai Anti Penyakit 
 Air kelapa mengandungi asid laurik yang membantu untuk melawan pelbagai penyakit. Ia juga sama seperti yang terdapat pada susu ibu berfungsi sebagai antikulat, antibakteria dan antivirus. 

  • Membantu proses penghadaman 
Air kelapa berupaya meningkatkan fungsi penghadaman orang dewasa dan kanak-kanak. Bagi ibu hamil, air kelapa membantu meningkatkan kelajuan proses penghadaman akibat hormon progesteron yang melambatkan penguncupan otot pencernaan. 

  • Meningkatkan paras kolesterol baik
Air kelapa mempunyai kandungan lemak dan kolesterol yang rendah. Air kelapa boleh meningkatkan kolesterol baik ( HDL) dalam badan. 

Semoga perkongsian tentang air kelapa memberi manfaat kepada semua. 

Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

 Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram