Kencing Manis ketika Hamil

Monday, October 06, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522


Masih teringat-ingat rasa glukos bermain di tekak setelah minum air gula di klinik kesihatan tengah minggu lepas. Baru hari ni dapat update blog disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan beberapa hari ni.

Tahu tak apa tujuan minum air gula bagi ibu-ibu hamil? Sudah tentu nak uji sama ada ada kencing manis atau tidak. Kalau zaman mak-mak kita dulu rasanya tak kena minum air gula bagai. Sebab negara kita ni dilimpahi dengan rahmat makanan, maka penyakit kencing manis pun mula menular tak kira usia mahupun jantina termasuklah ibu hamil. Kalau ikutkan pengalaman minum air gula, sebanyak dua kali kena minum; kali pertama ketika trimester pertama dan kali kedua ketika trimester ketiga biasanya pada usia kehamilan 7 bulan.

Apakah kencing manis semasa hamil ( Diabetis Gestasi) 

Wanita hamil yang mempunyai Diabetis dikenali sebagai diabetis gestasi. Diabetes Gestasi berlaku akibat perubahan hormon ketika hamil. Hormon insulin yang sepatutnya berfungsi untuk mengawal paras gula tidak dapat dirembeskan secukupnya oleh pankreas. Oleh itu, paras gula menjadi tidak terkawal dan akan meningkat.  

Diabetes Gestasi bukanlah suatu yang luar biasa bagi ibu hamil. Berbeza dengan Diabetis Jenis 1 dan 2, biasanya ibu-ibu penghidap diabetes Gestasi akan pulih selepas bersalin apabila paras gula darah akan kembali normal selepas bersalin. 

Siapakah yang berisiko untuk menghidapi Diabetes Gestasi? 

  • Mempunyai indeks jisim badan (BMI) melebihi 30
  • Pernah melahirkan bayi yang Besar; 4kg atau lebih
  • Pernah menghidapi Diabetes Gestasi sebelum ini
  • Mempunyai keluarga yang ada sejarah kencing manis ( ibu bapa,  datuk atau adik-beradik). 

Apakah kesan Diabetis Gestasi Kepada ibu dan bayi? 

  • Akibat berlebihan Gula, saiz bayi akan menjadi besar
  • Bayi yang besar akan menyebabkan ibu mengalami kesukaran bersalin normal dan memungkinkan pembedahan ceaser.
  • Bayi yang lahir cenderung mengalami obesiti dan berisiko mendapat diabetis jenis 2 apabila dewasa kelak.

  • Ibu berisiko untuk mendapat diabetes jenis 2 jika tidak mengambil langkah berjaga-jaga ketika hamil. 

Rawatan untuk Diabetis Gestasi 

Kaedah yang terbaik untuk masalah diabetes sudah tentu menjaga pemakanan mengikut kesesuaian dan secara sihat. 
  • Makan mengikut waktu yang betul dengan mengagihkan masa makan kepada 3 kali waktu makan utama iaitu sarapan,  makan tengahari dan makan malam manakala 2 atau 3 kali untuk kudapan.
  • Mengambil karbohidrat kompleks berbanding karbohidrat ringkas. Sumber karbohidrat seperti roti, mi, nasi dan kuih-muih lebih mudah ditukar menjadi gula ringkas berbanding roti bijian penuh, oat dan sebagainya. Penukaran gula yang cepat ini meningkatkan paras gula dalam darah.
  • Ibu yang hamil tidak digalakkan untuk meninggalkan mana-mana waktu makan kerana ibu dan bayi memerlukan nutrien yang lebih untuk tumbesaran janin yang sihat. 
  • Mengambil snek seperti buah-buahan, salad dan lain-lain yang menyihatkan di antara waktu makan.
  • Minum susu segelas sahaja pada satu-satu masa. 
  • Mengurangkan pengambilan makanan manis.

Mengapa ESP PILIHAN TERBAIK untuk wanita hamil dan diabetis? 


  • SOYA BUKAN GMO (genetik terubahsuai)

ESP diperbuat daripada soya asli yang tidak diubah struktur asal DNA nya. Berbanding dengan produk-produk soya di pasaran, ESP juga melalui proses pengekstrakan dan pemprosesan yang sangat teliti untuk memastikan soya yang dihasilkan bermutu tinggi. Makanan yang diubahsuai genetiknya akan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan pengamalnya.

  • INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH
Ibu hamil dan pesakit diabetis perlu makan dengan lebih kerap agar mereka tidak berasa lapar. Namun, kuantiti makanan yang diambil pada satu-satu masa adalah sedikit sahaja untuk mengelakkan paras gula naik dengan mendadak. Ini boleh terjadi jika mereka mengambil makanan yang berat dan dalam kuantiti yang banyak apabila terlalu lapar. Makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah membantu mengatasi hal tersebut. ESP bukan sahaja memberikan tenaga malah memberi rasa kenyang yang lama kerana kandungan proteinnya yang tinggi.

  • KANDUNGAN PROTEIN YANG TINGGI 
Protein sangat penting kepada ibu hamil untuk tumbesaran dan pembentukan tulang dan otot janin yang kuat. Di samping itu, kandungan protein yang tinggi memberikan bekalan tenaga dan juga rasa kenyang yang lebih panjang bagi mereka yang mengambilnya. Hanya 3 sudu sehari dinikmati bersama-sama minuman kegemaran anda memberikan rasa cergas yang berpanjangan! 

Dapatkan setin hari ini jimat hingga 3 bulan. Lebih jimat lagi jika anda BELI 6 TIN PERCUMA 1 TIN!
Dan anda akan dapat KEAHLIAN secara percuma! Bonus Tunai akan dikreditkan ke akaun anda pada bulan berikutnya!! 
Hanya Oktober ini sahaja!!!


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


 Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

1 comments

  1. masa saya mengandung anak kedua ..saya disahkan mengidap kencing manis dan saya sangat risau sekali, tapi kerisauan itu hilang selepas saya mengamalkan pengabilan set kencing manis shaklee. memang terbaik...!!! untk tahu cerita lebih lanjut, anda boleh layari blog sya http://qasehfirdausshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete

Apa Kata Anda

Instagram