Hari Jalinan Kasih Insan Seimbang - penutup

Sunday, October 19, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Hari ni nak sambung bahagian semalam. Masih lagi cerita hari keluarga. Setiap yang bermula pasti ada pengakhiran. Hanya Allah swt yang Maha Kekal tiada awal tiada akhir. Maka, berakhirlah hari keluarga bererti habis satu program kelas kami pada tahun ini.

Yang seronoknya pada hari ni, usai solat subuh, semua berkumpul untuk bersenam aerobik. Budak- budak memang paling suka bab ni. Menari mengikut rentak. Seterusnya, kami bersarapan bersama-sama.

Aktiviti disambung dengan acara sukaneka. Guru, pelajar dan ibu bapa diagihkan mengikut kumpulan.  Sedang seronok bermain,  kami didatangi oleh seseorang yang amat dikenali di Malaysia ini tak lain tak bukan ialah Ebby Yus. Pelajar-pelajar seperti tidak percaya dengan kehadiran beliau. Orangnya sangat lah ramah dan tidak kekok melayani pelajar-pelajar istimewa ni.

Ebby Yus tak lah lama sangat berada bersama kami mungkin kerana ada hal lain tengah hari itu. Tapi, kehadirannya sangat menggembirakan anak-anak ini. Dan sempat juga beliau berada sehingga akhir acara sukaneka.

Selesai semua aktiviti, pelajar dibenarkan mandi kolam lagi!!! Hahahaa budak-budak ni teruja sangat nak mandi kolam. Kecur je lihat anak-anak cikgu berenang-renang di kolam itu. Kami tidaklah zalim hingga tak memberi kebenaran langsung hanya sehingga ada masa yang luang. Syukur aktiviti berjalan seperti yang dirancangkan.

Alhamdulillah selesai aktiviti hari keluarga hari ni bagi tahun 2014. Yang penting pelajar gembira, anak-anakku pun tumpang sekaki gembira sebab dapat mandi kolam..ku je yang tak berapa nak gembira kerana suami tak dapat bersama-sama.




Yang pasti vitaminku tidak dilupakan sepanjang aktiviti!!

Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram