Dilema Ibu Bekerja Tinggalkan Anak Dengan Orang

Sunday, October 12, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Assalamualaikum,
Indahnya dapat berhujung minggu bersama anak-anak dan keluarga. Esok mula minggu baru bekerja. Bermulalah rutin bangun di awal pagi membuat persiapan untuk anak ke sekolah dan ke rumah pengasuh. Suami pula bekerja di luar kawasan.

Anak-anak diangkat masuk ke dalam kereta ketika masih sedang nyenyak tidur. Sampai di rumah pengasuh pun masih tidur lagi..hanya peluk dan cium dapat kukirim sebelum terus bergerak ke sekolah menghantar si kakak ke sekolah dan terus ke tempat kerja.

Tugas sebagai pendidik tidak disangkal memang mulia. Tetapi menjadi pendidik yang makan gaji memerlukan kita akur dengan pihak atasan. Sistem-sistem yang konon dikatakan mengikut arus semasa sebenarnya amat menjengkelkan dan amat menyusahkan. Tiada lagi persepsi kerjaya guru zaman kini senang. Apatah waktu cuti kami dipanggil bekerja.  Anak-anak dan keluarga terpaksa diletakkan ditangga nombor 2. Sedih bila mengenangkan bila itu terpaksa dilakukan.

Kerjaya yang paling dicintai semakin pudar sinarnya apabila yang utama dikemudiankan menjadikan perkara yang remeh menjadi paling utama. Saya bercakap dalam situasi saya. Mungkin walaupun kerjaya sama tetapi situasi membezakan.

Pulang ke rumah hampir senja. Mungkin cuma Jumaat sahaja dapat pulang paling awal kerana waktu yang singkat. Gembira rasa hati bila dapat melihat wajah anak-anak tiap kali menjemput mereka.  "Ibu, kenapa balik lambat? Najihah rindu ibu " Begitulah luahan anakku yang tengah. Sayu hati dengar luahan hati anak yang tulus.

Jadi, ada sesuatu yang mesti kulakukan. Takkan ingin membiarkan keadaan ini berterusan. Berjauhan dengan suami, menguruskan anak seorang diri. Bukanlah hendak mengungkit tetapi memikirkan anak-anak yang sedang membesar perlukan suasana hidup berkeluarga.

Jika hampir setiap hari ditanya, " Ibu, ayah balik tak hari ni?"
"Ibu, ayah tak balik ke?"
Anak-anak perlukan ayah mereka untuk perkembangan dan tumbesaran yang sihat.

Jadi, kumengambil langkah untuk memulakan bisnes kerana nampak bisnes lebih fleksibel. Namun, kita harus berpegang rezeki itu datang dari Allah kita cuma berusaha dan berikhtiar seterusnya bertawakal. Mengapa bisnes? Nak bisnes apa?
Mulanya memang tak yakin juga tapi bila fikir-fikir dengan berbisnes punca rezeki paling banyak tapi jangan lupa dengan berbisnes juga boleh membuatkan seseorang itu melingkupi itu pun jika tidak fokus dan tidak mengamalkan amalan wajib dan amalan Rohani.

Ramai juga sebenarnya yang berjaya dengan bisnes walaupun telah banyak kali gagal tapi itu tidak mematahkan semangat mereka. Mereka terus istiqamah dan hasilnya sangat memberangsangkan.

Menjadi WAHM kini menjadi cita-citaku! Tak mustahil diriku boleh mencapainya!! In sha Allah ( doakan juga ye). Saya juga bertekad untuk mencapai impian tersebut dalam jangkamasa satu tahun dari sekarang.

Walaupun saya masih menjalankan bisnes ini secara separuh masa, saya bertekad untuk menjadikannya sepenuh masa seperti mentor-mentor saya. Namun, semuanya memerlukan kesungguhan dan keyakinan dengan Rezeki yang Allah janjikan. Walaupun apa yang saya dapat masih belum sehebat mentor-mentor saya yang kebanyakannya sudah pencen pada usia sebelum 35 tahun dengan pendapatan mencecah 6 angka, saya masih bersyukur kepada Allah kerana menemukan jalan ini kepada saya melalui bisnes!!

Mungkin sekarang ini saya terpaksa bersusah payah mengorbankan waktu tidur dan waktu senggang untuk bersantai-santai demi mencapai impian yang diidam-idamkan. Sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mengeluarkan diri dari dilema yang saya lalui kini.

“PERJALANAN 100 BATU BERMULA DENGAN 1 LANGKAH PERTAMA”

Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui: 
♥Shaklee ID 964127 
♥NOORASMAH KARIM 
♥Contact :019-7399253 
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522 
♥FB Page: 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram