Ceaserean vs Normal: Tetap Kena Berpantang

Wednesday, October 29, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Ceaser atau normal? Bagi ibu-ibu yang pertama kali hamil pasti sudah membayang-bayang keadaan bila nak bersalin kelak, normal atau ceaser? Ada yang suka bertanya kawan pejabat pengalaman bersalin masing-masing. Ada juga yang gemar mencedok ilmu di grup-grup kehamilan. Pastinya ia akan mendatangkan kengerian kepada mereka. Hakikat pengalaman setiap ibu tidak sama. Disebabkan ketakutan itu, ada ibu sanggup membuat pilihan untuk memilih bersalin 'mengikut tingkap' atau ceaser.

Ada beberapa sebab lain bagi ibu-ibu ini memilih kaedah bersalin. Bagi yang memilih untuk bersalin secara normal merasakan lengkap fungsinya sebagai seorang wanita setelah hamil 9 bulan 10 hari. Manakala bagi sesetengahnya pula memilih secara ceaser kerana takut akan sakit bersalin atau komplikasi yang lain.

Apa yang menjadi bualan ialah kesan selepas proses bersalin itu. Kedua-duanya akan mendatangkan perubahan kepada tubuh dan tetap perlu berpantang selepas bersalin!!

Bagi ibu yang bersalin normal, biasanya mereka sudah boleh melakukan aktiviti sendiri sehari selepas bersalin. Bagi yang melalui pembedahan, luka pembedahan mengambil masa lebih lama dan memerlukan pemerhatian dan penjagaan yang lebih rapi. Akibat kesakitan yang dirasa mereka sukar melakukan aktiviti berbanding ibu yang bersalin normal.

Namun,ada juga ibu yang bersalin normal mengalami komplikasi seperti uri lekat,  kotak besar dan lain-lain menyebabkan pergerakan mereka juga terbatas.

Rahim lebih cepat mengecut bagi ibu yang bersalin normal berbanding mereka yang menjalani pembedahan. Namun, kemajuan teknologi perubatan kini mampu mengurangkan risiko pendarahan yang banyak bagi ibu yang melalui ceaser serta dibantu dengan ubat yang boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim.

Ibu yang bersalin secara pembedahan turut sama -sama menjaga pantang dari segi pemakanan sama seperti ibu yang bersalin normal. Dari segi rawatan luka, kebiasaannya ibu yang bersalin normal mudah menjaga luka selepas bersalin dan ada yang tiada langsung. Berbanding ibu yang menjalani pembedahan, mereka terpaksa lebih berhati-hati. dalam penjagaan luka kerana lukanya lebih besar berbanding luka bersalin normal.

Urutan bagi ibu yang menjalani pembedahan juga terhad dan menunggu sehingga luka pembedahan benar-benar sembuh. Jika tidak dijaga, bimbang urutan akan mendatangkan risiko yang lebih teruk seperti bentan, terluka atau lebam akibat kesan urutan.

Dari segi jarak kehamilan, adalah digalakkan untuk menjarakkan kehamilan dalam tempoh dua tahun bagi kedua-dua kaedah bersalin. Namun, bagi yang mengalami pembedahan perlu lebih ketat dalam menjarakkan kehamilannya kerana parut pada rahim akan mudah bocor.

Sebagai kesimpulan,  apapun kaedah bersalin tentulah ada pro dan kontra. Kedua-duanya perlukan penjagaan. Oleh sebab itu, jagalah kesihatan dengan amalan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup.yang sihat untuk mengelakkan komplikasi ketika bersalin. Apapun, semuanya dari Allah swt dan.kita sebagai hamba wajib berikhtiar dan bertawakal.

Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

 Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram