Aktiviti Membalut Hamper

Thursday, October 16, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam sayang,
Sepanjang minggu ni memang kawkaw punye bizi. Nak buat family day. Jadi, dah kena tugas bahagian hadiah, SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Bila peruntukan dah diturunkan, kami pun memulakan tugas.

Minggu ni memang balik lewat je la sebab nak mengerjakan hadiah tu. Puas la berjalan tanya kedai-kedai sekitar kot ada yang menerima tempahan dalam tempoh singkat mengikut nilai yang dah ditetapkan ??

Nasib tidak menyebelahi!  Kena pergi beli barang yang perlu ada untuk setiap hadiah. Jadi bila barang dah ada, nak kena kerjakan barang tu semua sampai jadi hamper. Dari pagi dok wat hamper sampai ke petang!!

Jadilah aktiviti hari ini membalut hamper. Dah boleh buat bengkel untuk budak-budak kat sekolah ni. Seronok jugalah sebab dapat ilmu baru. Sebab selama ni pun memang nak mudah je order je kat kedai tau-tau siap jer. Tapi bila buat sendiri memang renyah jugak la.


Dah siap buat hamper pelajar, buat hamper untuk tetamu pula. Part ni lagi mencabar. Sebab kena buat eksklusif untuk tetamu kehormat. Mujur tak buat berseorangan. Boleh mati kutu jadinya. Ada cikgu senior kat sekolah ni membantu. Tersangatlah menghargai jasa baik beliau dalam membantu memperkemas hamper yang kami buat tu. Sayangnya gambar hamper yang dah siap tu tak dapat nak diupload akibat kesiputan talian internet.

Kalau ada yang berminat nak buat Shaklee sebagai gift set pun boleh je..




Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEEdengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram