7 Tips Mudah Bersalin secara Normal

Friday, October 17, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam Sayang,

Pengalaman Hamil dan Bersalin 


Berbahagia menjadi wanita dapat merasai keindahan mengandung. Bahagia juga dapat merasai pengalaman sakit ketika melahirkan. Betapa Allah Maha Berkuasa menganugerahkan kekuatan bagi wanita untuk melalui kesakitan saat melahirkan. Sehinggakan Allah s.w.t mengurniakan pahala seperti syahid seandainya ibu itu meninggal dunia ketika bersalin.

Sakit Bersalin

Hanya mereka yang mempunyai pengalaman sahaja tahu sakitnya hendak bersalin. Tidak dapat digambarkan rasa sakit itu. Bila dikenang-kenang macam serik jer.. Bersalin ni ibarat perjuangan antara hidup dan mati. Syukur alhamdulillah Allah swt masih beri lagi peluang untuk menikmati rahmat dan nikmat yang dikurniakan. 

Kurma memberi tenaga segera untuk proses bersalin
Baby Anise 

Paling menggerunkan betulkah sakit nak bersalin tu perlu sampai nak terjerit-jerit macam dalam tv tu? Itulah yang menjadi persoalan bagi ibu-ibu yang belum pernah merasai pengalaman itu kerana soalan sebegitu juga pernah terdetik dalam hati saya suatu ketika dahulu. Setelah 3 kali melalui sakit bersalin alhamdulillah Allah swt permudahkan dan ia tidaklah seteruk yang digambarkan. Mungkin ya bagi mereka yang tidak dapat menahan kesakitan dengan kesabaran. 

Ada ke tips atau panduan atau petua atau apa jua sekalipun untuk tidak melalui sakit yang berpanjangan?


Jawapan tentulah ADA. Sebaik sahaja kita disahkan hamil, khusus buat ibu-ibu baru, tentu sekali banyak perkara yang perlu dipelajari. Tips- tips.di bawah ini, boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda praktikkan :

  • Rajin menambah pengetahuan 
Bila membuat pemeriksaan bulanan, pada kebiasaannya klinik kesihatan akan mengadakan ceramah bagi ibu-ibu hamil. Selain itu, menghadiri kelas antenatal juga memberikan input yang banyak tentang kehamilan dan kelahiran. Buku-buku tentang ilmu ini juga kini semakin banyak di pasaran. Lebih mudah lagi jika hanya klik-klik dan maklumat sampai di hujung jari sahaja.
Rajin mencari maklumat tentang kehamilan dan kelahiran
Tingkatkan fungsi otak dengan menambah pengetahuan 

  • Bersedia dari segi mental dan rohani 
Ibu hamil perlu sentiasa berfikiran positif, tenang dan yakin akan kemampuan diri. Selain itu, dengan memperbanyakkan amalan-amalan rohani seperti solat, doa, berzikir dan mengaji membantu menghilangkan keresahan hati. Ia juga mampu mendidik hati supaya redha, tenang dan kuat semangat kerana meyakini kekuasaan Allah terhadap hamba yang sentiasa mengingatiNya.
Sentiasa berfikiran positif
Tidak Mudah Stres

  • Bersedia dari segi fizikal 
Bukan sahaja dari segi mental dan rohani, kesihatan Fizikal juga perlu dijaga. Ibu-ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Di samping itu mengamalkan senaman yang sesuai. Elakkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan diri sehingga boleh menjejaskan kandungan.
menjaga pemakanan
Mengamalkan diet yang seimbang 

  •  Kurma dan Air ZamZam
Kini ramai dah mengetahui khasiat kurma bagi ibu-ibu hamil. Di samping bekalan karbohidrat, kurma juga mengandungi serat dan potassium. Ia bermanfaat untuk memberikan tenaga segera kepada ibu hamil. Ia juga memudahkan semasa proses hendak bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Jadi, jika sudah menghampiri detik melahirkan perbanyakkan memakan kurma untuk kesan tenaga yang berpanjangan dan air ZamZam untuk menghilangkan dahaga.
  • Bendi
Bendi mengandungi 90% air dan sangat kaya dengan kalsium. Tidak kira apa jua cara menikmatinya, yang pasti Bendi memberi banyak manfaat. Antara khasiat yang terkandung pada Bendi ialah mengurangkan sembelit, melawaskan pembuangan air kecil dan membantu mengurangkan masalah susah bersalin. Bendi juga membantu mengawal gula darah dan banyak lagi.
mencuci kolon
Khasiat Bendi untuk mudahkan bersalin 

  • Telur ayam kampung 
Tips ini boleh dikatakan antara tips yang termasyhur untuk memudahkan proses bersalin. Khasiat telur ayam kampung lebih terkenal untuk pemulihan tenaga. Sekiranya anda telah mengalami tanda-tanda hendak bersalin, pecahkan telur ayam dan dikacau dalam air Milo. In sha allah ia membantu semasa meneran. Minumnya sebelum anda ke hospital. 
  • Minyak kelapa dara 
Juga dikenali sebagai virgin coconut oil atau Vco. Kini semakin terkenal khasiatnya dalam memudahkan proses bersalin. Selain itu, khasiat Vco sebagai antiviral untuk melawan jangkitan kuman. Ia boleh diminum dan ada juga bentuk kapsul. Ada juga petua yang mengamalkan dengan menyapu minyak ini di perineum dan diurut di sekitarnya untuk mengurangkan risiko koyak yang teruk. Sesuai diamalkan sepanjang kehamilan. 


Harap- harap info ini membantu anda dalam membuat persediaan sebelum bersalin. Semoga dipermudahkan segala urusan in sha Allah.


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

1 comments

Apa Kata Anda

Instagram