7 Tips Elakkan Pembaziran Makanan

Tuesday, October 28, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Assalamualaikum dan salam sayang buat pembaca semua. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Dah nak hujung-hujung persekolahan ni lagi sibuk nampaknya. Dengan peperiksaan akhir tahun, aktiviti akhir tahun, laporan-laporan aktiviti yang perlu disiapkan serta tugas-tugas sampingan yang lain. Bab peperiksaan tu memang terpaksa bawa balik kerja di rumah sebab nak buat soalan peperiksaan. Bila dah begitu, terpaksa fokus lebih. Untuk jimatkan masa, terpaksa tidak memasak untuk beberapa hari ni. Beli nasi bungkus je tu pun kongsi empat beranak. Mengelat masak sebab suami "outstation" - sila jangan tiru ye!!


Saya ni bab-bab makanan memang agak berkira. Maksud di sini, kalau masak untuk keluarga selalu cukup-cukup je. Lebih suka jika masak habis dimakan berbanding dibuang. Itu cara saya lah. Orang lain tentu berbeza-beza. Jadi, entri ni nak kongsi sedikit tips untuk mengelakkan pembaziran makanan. Sebahagian tips ini memang dipraktikkan dan ada juga melalui sumber bacaan.

7 Tips mengelakkan Pembaziran Makanan 

  • Membungkus Makanan
Sekiranya terdapat makanan yang tidak habis semasa makan di rumah atau restoran, bungkus makanan tersebut. Makanan tersebut boleh disimpan dan boleh diulang makan jika mahu atau boleh diberikan kepada orang lain jika anda tidak suka. 
  • Beli makanan yang perlu sahaja 

Jika anda ingin membeli makanan, anda dinasihatkan agar membeli yang perlu sahaja. Tidak semua makanan boleh disimpan lama. Pastikan anda juga boleh menghabiskan makanan tersebut. Makanan yang berlebihan menyebabkan anda terpaksa menghabiskannya dan ini boleh mendorong kepada masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan darah tinggi. Kesian pada makanan tu kan jika dibuang???

  • Membawa bekas makanan 

Mungkin anda berasa segan pada mulanya. Membawa bekas makanan ke tempat makan membantu anda menyimpan makanan yang tidak dapat dihabiskan. Penggunaan bekas juga secara tak langsung membantu mengurangkan penggunaan bekas pakai buang yang mencemarkan alam sekitar.

  • Menghabiskan stok
Sebelum anda dengan seronoknya berbelanja di pasar raya, pastikan stok yang sedia ada dihabiskan dulu. Selain mengelakkan pembaziran, cara ini juga menjimatkan ruang penyimpanan stok di rumah.


  • Elakkan makan jika terlalu lapar 
Dalam keadaan lapar, anda pasti berkeinginan untuk makan lebih banyak menyebabkan anda mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Walhal, anda tidak mampu untuk menghabiskan kesemuanya.

  • Bersedekah 
Jika anda masak berlebihan, lebih baik anda berikan sedikit kepada jiran dan sahabat atau haiwan. 

  • Bersederhana
Jika anda ingin membuat majlis tidak kira apa jua jenis pun, buat perancangan dengan betul. Amalkan sikap bersederhana. Elak mengikut orang lain dengan hasrat ingin berlawan-lawan siapa lebih hebat.


Membazir itu amalan syaitan. Seelok-eloknya kita jauhi pembaziran. Masyarakat juga perlu disedarkan agar tidak terus menerus membazir terutamanya dalam negara yang kaya bab-bab makan ni. Kita ni bertuah hidup dalam negara yang banyak sumber makanan. Teringat saudara di Palestin. Biasakan amalan ini dengan bermula dari rumah. Tambahkan pengetahuan anda tentang amalan pemakanan yang seimbang dan sihat.
 



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

 Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram