12 Fadilat Surah al-Fatihah

Sunday, October 26, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa membaca surah Al-Fatihah, nescaya dikurniakan pahala baginya seperti pahala orang yang membaca tujuh kali Kitab Taurat, Injil, Quran, Suhuf Nabi Idris dan Nabi Ibrahim. Tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu dikurniakan kepadanya satu darjat di dalam syurga. Luas setiap darjat tersebut adalah jarak antara langit dengan bumi"

Kata Sayidina Ibnu Abbas r.a:
"Setiap sesuatu mempunyai asas, asas al-Quran ialah surah al-Fatihah dan asas al-Fatihah ialah Bismillah. "

Antara Fadilat surah Al-Fatihah 

  • Penawar segala penyakit 
Bacakan surah ini sebanyak 40 kali pada sebekas air. Kemudian sapukan pada muka, tapak tangan dan kaki serta seluruh tubuh pesakit. Khususnya orang yang mengalami demam panas. 

  •  Penawar sakit mata
Baca surah ini 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat fardu subuh. kemudian ditiup pada hujung kuku lalu disapu pada mata. Paling afdal diamalkan selama 40 pagi. 

  • Masalah Pendengaran 
Tulis surah ini pada bekas putih yang suci dengan za'faran lalu dileburkan dengan air mawar. Kemudian dititik ke dalam telinga. 
  • Menghilangkan rasa lapar dan dahaga 
Bacalah surah ini pada pagi hari sebaik-baiknya sebelum subuh. Kemudian ditiup pada tapak tangan lalu disapu pada muka dan perut. 

  • Penyembuh Luka
Baca sebanyak tujuh kali kemudian disapu pada tempat yang luka. 

  • Penerang hati
Baca sebanyak 70 kali setiap hari selama 7 hari ke dalam sebekas air yang suci. Kemudian diberi minum kepada orang yang sukar menerima apa-apa ilmu.

  • Penawar strok, sakit pinggang dan sakit urat 
Baca surah al-Fatihah dan surah al-Hasyr ayat 2 pada susu. Lalu diminum susu tersebut 3 sudu setiap pagi 2 malam.

  • Untuk mendapatkan zuriat, pangkat, rezeki, melepaskan hutang, kekuatan zahir dan batin dan sebagainya 
Wiridkan surah ini sebanyak 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat fardu subuh. Sebaik-baiknya diamalkan 40 hari.

  • Supaya ditunaikan hajat 
Baca surah ini selepas solat Maghrib ( sebelum bergerak dari kedudukannya dan sebelum solat sunat) sebanyak 41 kali. Kemudian pohonlah apa-apa hajatnya. 
Sebaik-baiknya baca doa ini:
"Tuhanku! PengetahuanMu memadai daripada permintaanku (Engkau mengetahui segalanya), cukupkanlah bagiku dengan berkat al-Fatihah dan kemurahanMu memadai daripada kuucapkan kata-kataku, muliakanlah daku dengan berkat al-Fatihah dan tunaikanlah segala yang kucita-citakan, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w keluarga serta sahabat baginda."

  • Pendinding ketika tidur
Bacalah surah al-Fatihah sekali, surah al-Ikhlas tiga kali,  surah an-Nas dan al-Falaq sekali sebelum tidur. In sha allah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian,  kebakaran dan malapetaka. 

  • Murah Rezeki 
Baca surah al-Fatihah 7 kali, surah al-Ikhlas 7 kali, surah al-Falaq 7 kali dan surah an-Nas 7 kali selepas solat Jumaat ( sebelum mengubah kedudukan).  In sha allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara, aman sehingga Jumaat akan datang serta dilimpahkan rezeki yang tidak terhingga. 
  • Terpelihara dalam perjalanan 
Baca surah ini sebanyak 41 kali ke belakang orang yang hendak bermusafir, in sha allah aman dari malapetaka. 

Semoga entri ini bermanfaat. Rujukan sumber dari buku Rahsia surah Al-Fatihah Keajaiban dan Khasiatnya oleh Ustaz Sharhan Safie. 
Sebarkan juga untuk manfaat yang lain.



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram