Tips Pemakanan : Untuk Anak Obes

Thursday, September 11, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Assalamualaikum..
Ada ibu bapa yang risau anak memilih makan. Bila jenis yang makan, terlebih-lebih pula ye. Jangan risau cuba amalkan tips di bawah ini bagi anda yang mempunyai anak yang obes.



Tips ini menarik kerana pemilihan makanan untuk si manja anda menggunakan penggunaan warna lampu isyarat iaitu hijau, kuning dan merah. Sebagai ibu bapa, kita perlu kreatif untuk membuat pilihan yang terbaik buat si manja.


Warna hijau

  • Merupakan jenis makanan yang bebas untuk dimakan
  • Tinggi serat 
  • Kaya dengan vitamin dan mineral 
  • Rendah kalori dan juga lemak
  • Contoh: sayuran berdaun hijau seperti kangkung,  bayam, sawi, Brokoli dan sebagainya.

Warna kuning 

  • Perlu dimakan secara sederhana 
  • Tinggi kandungan nutrien dan membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh
  • Pilih makanan yang tinggi serat dan rendah lemak dan gula
  • Contoh : karbohidrat,  protein,  susu dan hasil tenusu serta buah-buahan

Warna merah


  • Makan sedikit atau lebih baik elakkan pengambilannya.
  • Kumpulan ini sangat tinggi kandungan lemak, gula dan garam serta kalori.
  • Kandungan nutrien rendah 
  • Hadkan pengambilan kumpulan ini kepada kurang daripada empat kali seminggu. 
  • Contoh : makanan terproses seperti nugget, sosej, minuman manis, kek, biskut, makanan ringan dan makanan segera. 


Contoh cadangan menu:

Sarapan

  • Roti mil penuh- 2 keping
  • Telur rebus - 1 biji
  • Mayonis- 1 sudu besar
  • Susu rendah lemak - 2 sudu besar 
  • Sedikit salad, timun dan tomato
Minum pagi 
  • Roti ban kosong - 1 biji
  • Susu rendah lemak - 2 sudu besar 
Makan tengahari 
  • Nasi putih - 1 cawan
  • Sup ayam dan lobak merah - 1 mangkuk sederhana 
  • Dada ayam dibuang kulit - 1 ketul
  • Buah epal - 1 biji
Minum petang 
  • Kacang kuda rebus - 1 cawan
  • Susu rendah lemak - 2 sudu besar 
Makan Malam
  • Nasi putih - 1 cawan
  • Ikan tenggiri masak singgang - 1 keping
  • Sayur sawi goreng dengan sedikit minyak - 1/2 cawan
  • Jambu - 1/2 biji saiz sederhana 


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram