Tips Jika Hidung Anak Berdarah

Tuesday, September 02, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Assalamualaikum.. Alhamdulillah dapat bernafas lagi hari ini. Oh..pagiku dikejutkan oleh anak daraku yang besar. Jam 3.31 pagi, kakak mengadu hidungnya berdarah!!! Aku terpisat-pisat, pening pun ye! Ok, pertama jangan panik!! Kakak dah masuk bilik air cuci hidung dia. Adeh, pening bau darah ni..mujur le tak pitam. Kugagahi jua demi anak yang tersayang.


Hidung berdarah 


Kakak kusuruh jangan tundukkan kepala. Kalau tak nanti lagi banyak darah keluar. Kakak pun tegakkan kepala. Kubergegas ambil tuala yang direndam dengan air sejuk dan diletakkan di dahi dekat dengan mata dan hidung. Ok, darah pun beransur-ansur.  Alhamdulillah.  Aku susun bantal lembut dua lapis lapik dengan tuala mandi dan kusuruh kakak baring. Kuberikan dia air masak saja. Kupastikan dia tidak berasa pening kerana kehilangan darah boleh menyebabkan pitam dan tubuh juga akan menjadi lemah.

Selalu kes-kes begini kuserah pada encik Suami. Huhu..bukan mengelat tapi beliau lagi pantas dan cekap hal-hal begini. Dah sudah baru ku mencapai encik Sony untuk menggugel apakah betul tindakan kuitu?

Ok bila gugel-gugel, pendarahan hidung bagi kanak-kanak memang kerap berlaku. Rata-rata penyebabnya adalah cuaca yang kering atau sejuk. Pendarahan boleh berlaku secara spontan. Kes hidung berdarah ni paling kerap berlaku pada anakku yang sulung itu.

Maka, sekiranya berlaku perkara sebegini kepada anda jangan panik ye!

Tips untuk Anak yang mengalami pendarahan hidung :

  • Ibu-bapa jangan panik
  • Minta anak bertenang dan dalam keadaan duduk
  • Elakkan berbaring. 
  • Ajar anak bernafas melalui mulut
  • Kemudian, picit bahagian hidung yang lembut dengan ibu jari dan jari telunjuk. Buat selama 10 minit untuk menghentikan pendarahan. 
  • Jangan bernafas mengikut hidung kerana bimbang darah akan memasuki paru-paru dan perut serta boleh menyebabkan muntah
Memicit hidung untuk menghentikan pendarahan


Pendarahan hidung akan berhenti sendiri selepas 10 minit.  Sekiranya masih berlaku pendarahan, segala bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Teknik di atas boleh diajar kepada anak anda untuk melakukannya sendiri.  Pendarahan hidung boleh berlaku tidak mengira masa dan tempat. Sebagai ibu bapa kita tidak selamanya berada di sisi mereka.



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
 Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram