Susu Ibu Terbaik Buat Bayi yang Jaundis

Friday, September 26, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Alhamdulillah.. Tahniah kalau ada pembaca yang selamat menyambut kelahiran ahli keluarga baru. Takpun kalau ada pembaca -pembaca yang mempunyai pengalaman bayi yang Jaundis selepas lahir, boleh berkongsi pendapat anda di ruangan komen.

Jaundis memang perkara lazim bagi kebanyakan bayi yang baru lahir.  Biasanya bayi yang lebih mudah mendapat Jaundis ketika lahir jika si ibu berdarah O. Nak baca tentang Jaundis boleh Klik Jaundis dan Bayi Baru Lahir. Ibu bapa tetap perlu mengambil perhatian yang serius terhadap bayi mereka. Kesan yang lebih teruk akan menyebabkan Kerencatan otak pada bayi. Tentu tak nak bukan?

Macam pengalaman saya setelah memiliki 3 orang puteri, memang tak lepas dari rekod neonatal Jaundis ni. Sebabnya saya berdarah kumpulan O. Tempoh paling lama sehingga 2 minggu bagi ketiga-tiga anak dara ni. Kesian jugak la kalau setiap selang sehari kena pergi amik darah. Picit - picit kaki yang mulus tu sampai tak keluar darah. Saya cuma amalkan penyusuan susu ibu dengan kerap seperti nasihat doktor dan missy yang datang ke rumah. Lentok-lentok walau disua nenen. Terpaksa lap muka baby masa tu nak kejutkan dia bangun.

Bila tetiap kali pergi klinik nak amik darah baby, selalu dapat tips percuma. Antara tips yang pernah didengar :

  • minum perahan jus anggur hitam ( boleh ke perut baby terima?  Macam tak sampai hati nak bagi?)
  • Mandikan dengan air rebusan: yang ni ada macam-macam jenis. Antaranya serai wangi, teh o pekat, tembikai susu, Belimbing, dan macam-macam.  ( Kalau mandi- mandi ni boleh terima la..)
  • Jemur di matahari ( sekarang rasanya tak relevan ; ku berdiri depan rumah cuaca pagi pun dah membahang)
  • Jangan bagi bergelap ( kalau di bilik biar je lampu nyala bagi haba sikit)
  • Dan yang terbaik ialah SUSU IBU 

Lagi info tentang Jaundis ialah breastmilk jaundice dan breastfeeding jaundice.

Apa Beza keduanya?

Breastmilk Jaundis mempunyai simptom kekuningan yang berpanjangan melebihi seminggu manakala breastfeeding Jaundis ialah bayi kekuningan akibat kurang meminum susu ibu.

Bagi kes breastmilk jaundice berkemungkinan terdapat protein yang menghalang penguraian bilirubin dalam darah. Penyusuan perlu dihentikan sementara. Alternatifnya bayi akan menyusu dengan susu formula. Dalam tempoh itu,  pamkan susu untuk mengelakkan bengkak dan memastikan bekalan susu berterusan. Kadar kuning anak dipantau sehingga stabil dan barulah meneruskan penyusuan ibu seperti biasa. 

Bagi breastfeeding jaundice, ibu perlu meneruskan penyusuan dengan sekerap yang mungkin. Ibu juga perlu menjaga pemakanan dan elakkan pengambilan sebarang ubat dan herba  mengelakkan perkara yang tidak diingini. 

Kredit to Master Mommy. (diriku cucu je)






Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


 Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

1 comments

  1. Masa saya melahirkan anak pertma...anak sayapun ada jaundice. ..susukan anak sekerap mungkin..agar jaundicenya berangsur hilang...

    ReplyDelete

Apa Kata Anda

Instagram