Sebab Pendarahan Berlaku Ketika Hamil

Wednesday, September 24, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam sayang buat semua,

Entri kali ni nak sambung tentang sebab-sebab lain berlakunya pendarahan ketika hamil. Sebelum ini dibincangkan tentang pengenalan tentang pendarahan ketika hamil. Mengapa boleh berlaku pendarahan walaupun sedang hamil?

Ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan pendarahan berlaku. Antaranya:

  • Keadaan serviks yang mudah tercedera. Sewaktu hamil, berlaku perubahan hormon. Ketika ini hormon tersebut mengubah keadaan serviks menyebabkan ia mudah berdarah. CONTOHNYA selepas hubungan intim, mungkin keluar sedikit. 
  • Fibroid. Kebarangkalian untuk pendarahan akan berlaku sekiranya pesakit mempunyai fibroid walaupun ia bukan kanser.
  • Ketumbuhan pada serviks atau polip serviks. 
  • Jangkitan serviks /faraj.
Keadaan di atas masih boleh diselamatkan lagi. Namun,  terdapat keadaan pendarahan lain yang berlaku pada peringkat awal hamil. Pendarahan jenis ini memburukkan keadaan kehamilan anda. 

Keguguran dan kehamilan ektopik merupakan jenis pendarahan ketika hamil yang terjadi kepada ibu-ibu hamil di Malaysia. Perkembangan janin yang tidak sempurna menyebabkan pendarahan. Mungkin inilah yang berlaku padaku ketika itu. Bagi sesetengah orang,  mungkin mereka menganggap keadaan sedemikian merupakan haid.

Selain keguguran,  kehamilan Ektopik juga mengakibatkan pendarahan. Kehamilan ektopik ialah keadaan di mana telur yang disenyawakan melekat pada bahagian uterus. Kehamilan ektopik sangat berisiko dan boleh menyebabkan sakit yang teruk.


Akhir sekali,  kehamilan molar. Perkara ini adalah sangat mendukacitakan bagi golongan para ibu yang terlalu menginginkan zuriat. Kehamilan molar atau kehamilan anggur ialah keadaan di mana embrio tidak berkembang tetapi sel yang membentuk plasenta berkembang secara tidak abnormal.

Oleh itu, SEGERA ke klinik atau hospital berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang menyebabkan pendarahan. Jangan berasa panik dan berfikiran positiflah kerana ia turut mempengaruhi janin yang dikandung untuk terus berkembang.



Semoga info di atas memberi manfaat kepada anda semua!!


You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram