Persediaan Keperluan Bersalin di Hospital

Wednesday, September 17, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Bagi ibu-ibu yang dah masuk trimester akhir, bagaimana persiapan bersalin? Dah kemas beg siap-siap? Kalau ada yang belum,  jom baca senarai yang ingin dikongsikan untuk persediaan anda sebelum bersalin nanti.

PENTING!!

1. Kad pengenalan
2. Buku merah..jangan lupa bawa.. Moga-moga belum tamat tempoh...( lagu zizan tu..!)

Untuk dibawa masuk ke dewan bersalin ( letak dalam satu beg khas):


  • Baju bayi lengan panjang- 1
  • Sarung kaki dan tangan bayi- 1
  • Diaper -1
  • Barut - 1
  • Kain bedung- 1
  • Tuala bayi - 1
  • Tuala kecil - 1
  • Stokin - 1
  • Skrip doa mudah bersalin- laminated
  • Air zamzam
  • Kurma

Untuk bayi di wad:

  • Diapers - satu pack kecil 
  • Baju siang - 4
  • Baju malam - 4
  • Tuala mandi bayi -1
  • Sapu tangan kecil - 4
  • Sarung tangan dan kaki - 4
  • Barut - 4
  • Bedung - 4
  • Topi - 2
  • Wet Wipes ( alternatif boleh guna spray air dan tuala kecil - kulit bb sangat lembut dan Wet Wipes ada campuran pewangi)

Untuk ibu di wad:

  • T- shirt/ kemeja /blaus lengan panjang berbutang hadapan ( senang nak susukan bayi) - 4
  • Stokin - 4
  • Kain batik- 4
  • Bra menyusu - 4
  • Seluar dalam pakai buang - 1 peket 
  • Pad bersalin - 1 peket
  • Tuala mandi - 1 peket
  • Selipar 
  • Alat mandi
  • Tudung - 2 

Makanan dan minuman:

  • Air putih - 2 botol 1.5 liter 
  • Milo 3-in-1*
  • Roti
  • Cawan dan sudu
  • Nestum / Oat*
  • Susu tepung / susu kotak*

Lain-lain :

  • Telefon
  • Plastik untuk isi baju kotor
  • Bahan bacaan
  • Charger/ Power bank
  • Duit ( Rm10 cukup kot)
  • Suplemen 
Tips: *kalau ikut pengalaman dah 3 kali bersalin di hospital daerah selatan tanah air, lepas bersalin selalu terlepas waktu makan. Nurse ada la bagi minum Milo cair...sekadarnya untuk top up tenaga selepas bersalin. Jadi benda makan yang nak dibawa tu atas diri masing-masing la ye. List di atas cuma panduan. Boleh diubah mengikut keperluan sendiri. 


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram