Perginya pewaris bangsa

Monday, September 01, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Assalamualaikum.. Salam Merdeka!
Sebut-sebut pasal merdeka ni, alhamdulillah kita wajib bersyukur kerana masih dapat menikmati makanan dan minuman yang lazat-lazat, bebas bergerak ke sana sini, bebas berjual beli, bebas beribadat dan macam -macam lagi.

Dalam pada warganegara Malaysia meraikan kemerdekaan, kudihimpit kisah duka. Alkisahnya, balik kampung suami. Lagi 10km nak tiba rumah mak mertua , jalanraya gelap!! Haii.. Nak jimat elektrik kot nak sambut merdeka?? Ingatkan blackout kat situ je tuptup sampai la rumah mak mentua. Pilunya, malam-malam merdeka tak ada elektrik!!

Sampai-sampai di rumah mak, berkerumun ahli keluarga di depan rumah. Kepanasan!! Yang menariknya dapat mengintai anak kucing mak dah besar-besar. Pada hal masa jumpa waktu raya tu masih merah lagi. Mak dan abah memang penyayang. Sihat kucing- kucing semua.

Pagi-pagi besok (hari merdeka), bangun awal pagi. Tak pergi padang pun tengok sambutan hari merdeka. Suami ajak beli sarapan pula. Peluang yang ada jangan dilepaskan. Jarang-jarang suami ajak keluar pagi-pagi. Keluar je dari simpang rumah mak tengok-tengok ada anak kucing longlai atas jalan. Cakap pada suami dan minta dia alihkan jasad anak kucing yang mungkin tak lagi bernyawa. Tapi, suami kata takkan nak berundur, kereta dah banyak atas jalan raya. Ok takpe lah..kami teruskan mencari sarapan juga pagi tu.

Sarapan yang menjadi kegemaran anak-anak ialah roti telur.  Jadi belilah juga untuk ahli keluarga yang lain dengan beberapa jenis kuih. Sementara menunggu order siap, kami bersarap berdua di warung itu. Lama juga rasa tak sarapan berdua.

Siap order, habis makan dan pulang. Masa nak masuk simpang, masih ada lagi jasad kucing yang kaku itu. Pesan baik-baik pada suami, minta dia alihkan jasad kucing itu. Oh, sedih!!  Sampai rumah, terus tanya mak, anak-anak kucing mana?? Lantas, kupun mencari-cari  dengan harapan bukan anak kucing mak yang mati. Setelah dipanggil tetap tak dengar suara tak nampak kelibat. Sahih!!  Ni mesti kucing mak yang atas jalan tadi. Oh, sedihnya apatah lagi mak kucing..bukan seekor tetapi semua anak-anaknya telah tiada. Anak-anak kucing tu semua masih menyusu lagi!!!

Sampai tengahari, si ibu kucing mengiau memanggil anak-anaknya. Waktu sebegitu mungkin masa untuk menyusu. Kasihan.. Bengkak payudaranya!! Tak keruan si ibu kucing. Tak jemu memanggil-manggis anaknya!! Bosco, anak-anakmu sudah tiada! Hibanya sampai ke malam. Anakmu susah tiada, sayang!

Setelah siasatan dilakukan, punca utama mereka hilang dan sebahagian besarnya maut adalah akibat tidur di bawah kereta/atas tayar/ dekat dengan enjin. Bukan menyalahkan sesiapa tetapi kelalaian kita kadang-kadang menjadi sebab mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa. Namun, dalam erti kata lain dah ajal dia!

Pengajaran daripada kisah ini, bagi pemilik haiwan belaan seperti kucing dan apajua jenis sekalipun, bagi mereka makan dan minum yang cukup, jaga kesihatan mereka, berikan tempat tidur yang selamat dan sentiasa berhati -hati apabila membuat sesuatu pekerjaan.

Terlajak kereta boleh diundur, bila dah undur terlenyek kucing!!

Masih banyak dalam diri kita perlu dimerdekakan!!

Salam Kemerdekaan,  di sini lahirnya sebuah cinta!





Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik
CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram