Pengalaman Pertama Berkhemah dengan Pelajar

Saturday, September 06, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Assalamualaikum
Baru sempat nak jengah blog nak update entri. Mana taknya semalaman tak tidur. Tidur pun tidur- tidur ayam je. Sejak 3 tahun jadi cikgu, yang ini kali pertama Berkhemah siap bawa satu family. Ada kukisah?

Walaupun penat tapi memang seronok akhirnya bila tamat acara penutup tengahari tadi. Peserta pun tak ramai. Lagipun ini kali pertama juga perkhemahan untuk pelajar pendidikan khas tempat kuberkhidmat kini.

Bermacam ragam pelajar-pelajar ini.  Namun, mereka semua dapat menempuh pelbagai aktiviti yang telah diaturkan oleh guru. Walaupun mereka mengalami masalah pembelajaran, aktiviti perkhemahan ini telah mendedahkan mereka kepada kehidupan luar terutamanya ikhtiar hidup.

Pelajar-pelajar sebegini perlu didedahkan kepada kemahiran-kemahiran untuk ikhtiar hidup. Walaupun mereka agak ketinggalan dalam bidang pelajaran, sekurang-kurangnya ilmu kemahiran yang diajarkan dan didedahkan ini dapat membantu mereka meneruskan kehidupan sebaik tamat sekolah kelak.

Penghargaan kepada suami kerana telah sudi menemani dan membantu menjaga anak- anak ketika sedang bertugas. Tapi, rasanya sekali ni saja. sebab penat jaga anak-anak yang teruja melihat anak murid ibunya berkhemah.









 Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127 ♥NOORASMAH KARIM ♥Contact :019-7399253 ♥SMS/WhatsApp : 014-2069522 ♥FB Page: https://www.facebook.com/Ibusrikandi https://www.facebook.com/pengedarvitaminseremban ♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram