Kanser dan Perubatan melalui Al Quran

Thursday, September 18, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Luluh harapan apabila dikhabarkan oleh doktor tentang kanser. Gelap dunia terasa umpama esok tiada lagi. Hari yang dilalui penuh dengan harapan untuk bebas dari kanser.

Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel yang abnormal secara tidak terkawal. Sel kanser wujud dalam tubuh setiap manusia. Namun, sel-sel tersebut tidak dapat dilihat melalui ujian yang biasa sehingga sel tersebut tumbuh menjadi berjuta-juta.

Bagi sesetengah pesakit yang telah menjalani rawatan kanser,  apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa sel kanser sudah tiada lagi pada tubuh mereka bermaksud bukanlah bermakna sel tersebut telah musnah. Akan tetap, sel tersebut sebenarnya telah kembali mengecil sama seperti sel normal yang lain. Oleh sebab itu,  sel kanser yang mengecil itu tak dapat dikesan.

Kanser dapat dibahagikan kepada 4 cabang utama. Daripada setiap cabang,  kanser tersebut dipecahkan kepada beberapa pecahan jenis kanser yang lain. 4 cabang tersebut :

  • Leukemia - sejenis kanser pada tisu penghasilan darah.
  • Sarkoma - berlaku dalam tisu yang membahagi dengan perlahan. Contohnya seperti otot,  tulang dan tisu lemak.
  • Karsinoma - berlaku pada set epititilium dalam tisu yang membahagi dengan cepat.  Contohnya organ dalaman seperti usus, peparu,  payudara, prostat dan sebagainya. 
  • Limfoma - berlaku pada bahagian sel-sel sistem imunisasi tubuh. 
Kanser berkembang mengikut tahap:
Tahap 1: 
  • Tahap terawal
  • Ketumbuhan barah kurang 2cm
  • Sasaran serangan pada sekitar yang dihidapi kanser. 
  • Ada yang tidak sedar mereka menghidap kanser pada tahap ini.
Tahap 2:
  • Ukuran ketumbuhan barah meningkat hingga 5cm
  • Mula merebak ke bahagian lain.
Tahap 3:
  • Saiz barah adalah 5cm
  • Sudah merebak ke organ terdekat,  kulit ataupun otot yang terdekat. 
Tahap 4:
  • Tahap akhir dan paling kritikal. 
  • Serangan menjalar ke bahagian serta organ yang jauh daripada kedudukan awal dikesan. 
  • Pembedahan sudah tidak boleh dilakukan lagi.
Rawatan untuk Kanser 
  • Pembedahan 
  • Kemoterapi 
  • Radioterapi 
Adalah penting untuk kita sedari awal lagi menjaga pemakanan yang seimbang dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dan sebagai umat Islam, kita perlu yakin dengan ayat suci Al Quran yang terkandung di dalamnya pelbagai penawar kepada segala penyakit termasuklah kanser. In sha Allah pada entri akan datang, saya kongsikan amalan surah bacaan ayat suci untuk penawar penyakit kanser. 

Rujukan : Buku perubatan Al Quran Rawatan Kanser oleh Hj Lokman Abdul Hamid.



 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram