Gubahan Tuala Hantaran Perkahwinan. " Bunga Bunga Cinta "

Thursday, September 25, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Assalamualaikum.. Semoga pembaca setia sentiasa di dalam PerlindunganNya. Alhamdulillah setelah bertungkus lumus untuk menjayakan satu program besar di sekolah akhirnya tamat dengan cemerlang.  Syukur.  Mana taknya dengan bilangan kami yang hanya berapa kerat saja tapi dengan Izin Allah dapat juga menguruskan program ini dengan baik.

Yang paling menjadi kenangan manis apabila anak-anak bimbinganku berjaya meraih johan dalam acara yang dipertandingkan iaitu gubahan tuala. Walaupun persiapan hanya di saat akhir, alhamdulillah membuahkan hasil dan menggembirakan hati mereka. Sila ambil perhatian ye jangan suka amalkan/menyiapkan sesuatu perkara di saat-saat akhir. Mungkin ini nasib baik atau orang kata "dah rezeki dia ".
Jadi entri nak cerita sedikit tentang gubahan tuala.

Sebenarnya diriku takdelah berbakat pun dalam bab-bab kraftangan. Lagilah hal-hal menggubah ; memang keras tangan!!! Sebelum program bermula sempatlah berlatih dengan anak-anak ini cuma tiga kali. Itupun silih berganti pelajarnya. Cikgu pun pening nak mengajar korang yang macam Chipsmore "kejap ada kejap tak ada". Jadi guru pendidikan khas ni memang kena versatile. Semua kena boleh! Diriku pun bukannya tak risau, sedangkan anak-anak yang masuk pertandingan memasak hari-hari berlatih inikan pula anak-anak yang masuk pertandingan gubahan yang 3 kali je berlatih. Mak risau nak!

Program bermula selepas cuti sekolah. Jadi tempoh cuti tulah terpaksa bertungkus lumus dari pagi hingga petang untuk menyiapkan tempat majlis. Tapi, trip balik kampung telah dirancang lebih dahulu berbanding program ini. Jadi balik tetap kena balik..sapa tak rindu mak ayah.. Mula je cuti sekolah terus bergerak balik kampung.  Masa di kampung tu jugalah Kubergegas mencari idea dan keperluan untuk pertandingan gubahan. Kupun menjengah ke kedai peralatan perkahwinan di Kota Tinggi. Pekerjanya yang ramah dan tidak kedekut berkongsi idea untuk gubahan. Daripada dia timbul idea untuk gubahan dan keperluan dibeli mengikut cadangan.

Kupulang semula ke seremban tengah-tengah minggu cuti sekolah. Kumula berlatih sendiri untuk memperincikan langkah-langkah menggubah untuk anak-anak yang akan bertanding nanti. Gubahan yang diberi nama BUNGA BUNGA CINTA. Bermulanya sesi persekolahan maka bermulalah program tersebut. Oh risau juga pertama kali buat acara besar. Risau juga pada anak-anak yang kerap bertanya bilakah saat mahu berlatih. Maka sebaik sahaja tamat acara perasmian pada hari itu, aku memesan kepada pelajar tersebut agar datang setiap hari kerana latihan secara intensif akan diberikan.

Kukongsikan langkah menggubah tuala secara lisan kepada peserta. Terang hati anak-anak ini kerana sememangnya mereka tahu apa yang ingin dilakukan. Dan pada hari kemuncak,  pelajar ini telah melakukannya dengan sesungguh hati. Dan akhirnya berjaya mendapat tempat yang diidam idamkan.



Ni Sahaja yang dapat dikongsikan untuk entri ini. Jumpa di lain entri.Assalamualaikum


You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram