Coret-coret Hari Minggu

Saturday, September 20, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Assalamualaikum dan salam sayang
Entri kali ni lebih kepada sesi luahan perasaan. Setelah berhari-hari cuti tinggal esok sebelum mula sekolah. Episod demi episod tentang integriti guru didedahkan. Rasa tercalar maruah sebagai guru akibat kes kebocoran soalan UPSR baru - baru ini. Umpama kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Tapi sebenar bukan nak cerita sangat pun pasal kes itu kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Cuma nak meluahkan isi hati bila waktu cutiku tidak dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya dek lambakan tugasan di sekolah. Kasihan anak-anakku.

"Ibu, ibu buat apa? Jom kita pergi berenang? "
"Maaflah sayang,  ibu kena pergi sekolah. Ada kerja nak kena buat. Nanti tak siap kerja ibu, program tak cantik."

Oh, menangis kusendirian. Ibu telah meletakkan anak-anak ibu sebagai pilihan kedua. Hari-hari ibu berusaha dan meminta kepada Allah agar dipercepatkan apa yang ibu hajatkan. Agar anak-anak ibu bukan lagi pilihan kedua.

Hari-hari yang kulalui penuh dengan harapan agar suatu hari dalam tempoh terdekat juga in sha allah aku dapat capai kebebasan masa dan kewangan.

P/s: Jangan tak jadi, beli kolam kat Giant layout depan rumah, isi air. Brrrrr...berenang-renang budak-budak ni dengan ayah je. Thank you buat suami yang sudi menjaga anak-anak.walaupun pulun study nak final exam. Semoga mawaddah warahmah subur dalam keluarga kita.


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!



 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

1 comments

  1. Semoga menjadi keluarga yang berbahgia dunia akhiray...aamiin...
    Jemput berblogwalking ke blog sy http://qasehfirdausshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete

Apa Kata Anda

Instagram