Berpantang selamat Moden yang Lama jangan dilupakan

Tuesday, September 30, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Berpantang secara moden bukan bermaksud meninggalkan segala pantang tradisional zaman nenek moyang. Pemilihan cara berpantang adalah atas diri sendiri. Sekiranya berpantang di rumah orang tua, mungkin lebih mudah kerana ada orang lain untuk membantu. Keadaan agak sukar jika terpaksa berpantang sendiri, lagi-lagi anak sulung. Hanya kepada suami untuk bergantung melakukan apa yang patut. Lebih mencabar lagi apabila sudah mempunyai anak dan umur masih kecil ataupun bersekolah tadika.

Jika anda bercadang ingin berpantang sendiri, lebih baik anda menyediakan senarai semak dan membuat persiapan dengan lebih awal. Untuk memudahkan anda, suplemen adalah pilihan terbaik. Jika anda bercadang ingin menyusukan bayi anda secara eksklusif, elakkan mengambil jamu. Walaupun jamu serasi dengan si ibu, belum tentu serasi dengan bayi mereka. Lazimnya, pengambilan jamu menyebabkan bayi mendapat Jaundis yang lama. Selain itu, pengambilan ubat-ubatan tradisional agak renyah kerana mengambil masa yang lebih untuk menyiapkannya. Bagi sesetengah ibu mungkin mereka boleh bertahan dengan bau-bauan herba namun ingin menelannya memerlukan kekuatan. Sebab itu suplemen lebih mudah dan memberi kesan yang cepat.

Walaupun anda mengambil suplemen ketika berpantang,  amalan-amalan berpantang seperti bertungku, bertangas, mandi rempah, berbengkung dan berurut kalau boleh jangan ditinggalkan terus. Di samping suplemen,  amalan-amalan ini turut memberi kesegaran dan kecergasan kepada tubuh badan di samping mengekalkan kesihatan dalaman dengan lebih baik.

Amalan bertungku dikatakan baik untuk menaikkan semula peranakan. Amalan bertangas pula dikatakan dapat memecah lemak, merapatkan anggota intim, mengecutkan rahim dan urat-urat yang kembang selepas bersalin. Mandi rempah pula memberi kesegaran kepada tubuh badan dan khasiatnya meresap ke dalam tubuh. Adalah digalakkan untuk berendam kira-kira 20 minit. Berbengkung juga menjadi kewajipan kerana ikatan yang ketat dikatakan dapat memelihara peranakan daripada turun di samping mengembalikan bentuk badan. Badan akan terasa lebih ringan jika berbengkung. Berurut pula sekurang-kurangnya 3 hari dapat mengembalikan kesegaran tubuh dan melancarkan aliran darah.

Secara peribadinya, saya memang akui mengambil suplemen lebih mudah berbanding ubat-ubatan tradisional menurut pengalaman tiga kali berpantang. Amalan berurut, berbengkung dan bertangas memang tidak pernah ditinggalkan. Bermakna bukanlah saya berpantang dengan moden sepenuhnya.

Baca lagi tentang pengalaman berpantang di sini.




Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram