7 Tanda Anda Hamil

Sunday, September 07, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522


Assalamualaikum buat pembaca tersayang.
Entri kali ini nak berkongsi tentang tanda-tanda hamil. Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan anda mungkin hamil. Namun, ada juga yang tidak mengalami tanda-tanda ini walaupun hamil. Dan ada juga yang mengalami sebahagian tanda di bawah tetapi tidak hamil.

Antara 7 Tanda tersebut:


1. HAID LEWAT
Bagi sesetengah wanita yang mempunyai aturan haid yang tetap, mereka dapat menentukan tarikh haid yang berikutnya. Kebarangkalian adalah tinggi untuk hamil jika haid tidak datang seperti yang dijangkakan.

2. LOYA DAN MUNTAH
Lazim dikenali sebagai morning sickness akan terjadi pada trimester pertama. Dan akan berasa lega apabila memasuki trimester kedua.  Namun, ada yang mengalaminya sehingga saat bersalin. Ada juga wanita hamil yang tidak mengalami loya dan muntah langsung.  Baca Tips Kurangkan Loya

3. KERAP LETIH DAN MENGANTUK 
Perubahan hormon yang berlaku menyebabkan rasa letih dan mengantuk. Selain itu, berlaku proses tumbesaran janin menyebabkan sistem dalam badan bekerja lebih keras dan menimbulkan keletihan.

4. RASA LAPAR SEPANJANG MASA 
Bagi sesetengah wanita yang mengalami alahan sukar menerima makanan.  Namun, terdapat juga wanita yang mengidam sesuatu makanan. Perubahan hormon juga menyebabkan rasa lapar tersebut.

5. SAKIT BELAKANG DAN KEKEJANGAN
Normal bagi wanita hamil kerap sakit belakang dan juga mengalami kekejangan. Peningkatan hormon menyebabkan gejala ini. Ikuti tips untuk melegakan sakit belakang dan kekejangan.

6. KEKERAPAN MEMBUANG AIR KENCING
Perubahan hormon akan menyebabkan sistem peredaran darah akan bekerja lebih untuk proses tumbesaran janin dalam kandungan. Perkara ini menyebabkan buah pinggang juga bekerja lebih dan menghasilkan banyak urin.

7. UJIAN AIR KENCING POSITIF 
Kini, anda boleh menjalankan sendiri ujian air kencing di rumah. Sekiranya positif adalah lebih baik anda ke klinik yang berhampiran untuk mengesahkan kandungan anda. Ujian imbasan ultrasound dapat memastikan sama ada kandungan anda mengandungi janin dan bukan kehamilan anggur atau kehamilan di luar rahim.


Sekiranya berlaku tanda-tanda di atas kepada anda, bersegeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan awal. Semoga info tersebut bermanfaat untuk anda




Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram