7 Perkara Anda Perlu Tahu ketika Hamil

Wednesday, September 10, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam sayang buat semua..
Sejuk pagi ni dek hujan rahmat. Alhamdulillah.
Hari ni nak kongsi sedikit info tentang perkara -perkara yang perlu diketahui oleh ibu-ibu hamil. Mungkin pengalaman pertama sebagai ibu, jadi masih tercari-cari maklumat tentang kehamilan. Bagi ibu- ibu amateur (sekurang-kurangnya 3 orang anak) dan ibu-ibu profesional ( lebih 7 orang anak)...huhuhu..definisi sendiri.. boleh jadikan entri ini sebagai bacaan tambahan. Boleh komen untuk tambahan info.

Antara 7 Perkara yang anda perlu tahu ketika hamil:

1. Pakaian yang selesa

Apabila hamil, seseorang wanita akan merasai perubahan badannya seperti bentuk badan, jisim, tekstur kulit dan sebagainya. Pemilihan pakaian yang selesa yakni tidak terlalu ketat sangat penting untuk memastikan keselesaan,  keselamatan dan keceriaan ketika hamil. 

2. Keperluan nutrien yang cukup

Jarang-jarang sekali wanita hamil akan makan mengikut peraturan yang betul seperti keperluan piramid makanan. Oleh itu,  pentingnya makanan tambahan untuk menampung keperluan zat atau nutrien untuk tumbesaran janin yang sihat. Asid folik sangat penting di sepanjang kehamilan untuk mengelakkan keabnormalan janin yang dikandung.

3. Pemilihan kasut yang sesuai

Kasut tinggi sepatutnya diletakkan ke tepi sepanjang tempoh kehamilan kerana boleh mendatangkan risiko seperti jatuh,  sakit belakang dan kaki bengkak. Wanita hamil mudah mendapat urat simpul atau vena varikos.  Jadi, pilihlah kasut yang bertapak rendah atau rata serta mempunyai pengudaraan yang baik.

4. Regangan kulit atau stretchmarks

Perut akan semakin membesar akibat tumbesaran janin. Kulit akan sama-sama merekah dan menyebabkan rasa gatal. Elakkan menggaru kerana akan melukakan kulit. Jadi, Seelok-eloknya,  amalkan sapuan krim, losyen atau minyak bayi untuk mengelakkan kesan rekahan dan kegatalan yang teruk.

5. Penggunaan bantal

Perut yang membesar juga memberikan tekanan yang kuat sistem sokongan tubuh badan. Penggunaan bantal pada kaki, perut dan belakang badan membantu memberi keselesaan dan tidur yang lena.

6. Penggunaan produk yang selamat dan semulajadi 

Semasa hamil sebaik-baiknya elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia. Baca label sebelum menggunakan sesuatu produk. Bahan-bahan kimia yang terkandung dalamnya boleh mendatangkan kesan sampingan kepada kandungan. Pilihlah barangan yang selamat dan diketahui semulajadi. 

7. Amalan Rohani 

Inilah yang sebaik-baiknya diamalkan sepanjang masa. Memperbanyakkan bacaan ayat suci dan zikrullah serta doa agar diri si ibu dan janin yang dikandung sentiasa di dalam peliharaan Penciptanya. Semoga melahirkan insan soleh / solehah.

Semoga entri ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua. 

Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram