5 Perkara Yang Harus Dijauhi Sekiranya Bayi Anda Jaundis

Sunday, September 28, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Entri yang lepas ada dikongsikan tentang Jaundis di kalangan bayi baru lahir dan beberapa tips yang boleh untuk mengurangkan kuning atau Jaundis tersebut.

Langkah pertama sekiranya bayi anda mengalami Jaundis ialah dengan terus merujuk ke hospital terlebih dahulu. Walaupun terdapat pelbagai petua tradisional yang diamalkan oleh orang tua-tua dan diperturunkan kepada generasinya pula, sebaik-baiknya dapatkan nasihat pakar dahulu.

Antara amalan atau petua yang lazim dikongsikan untuk mengurangkan Jaundis bayi:


  • Menjemur Bayi
Ramai percaya dengan menjemur bayi dapat menghilangkan kuning pada bayi. Kebiasaan amalan ini dilakukan seawal jam 8 pagi hingga 9 pagi selama kira-kira 10 hingga 15 minit. Pendedahan yang terlalu lama akan menyebabkan masalah lain pula. Kebanyakan rawatan pakar menggalakkan kaedah fototerapi yang dilakukan di hospital. 

  • Minum susu kambing 
Belum ada sebarang kajian terhadap keberkesanan pemberian susu kambing kepada bayi. Pemberian yang berlebihan pula boleh menyebabkan cirit- birit.
  • Memberi air glukosa
Ada juga cadangan pemberian minuman glukos untuk mengurangkan masalah Jaundis. Perkara ini juga amat berbahaya kerana boleh menyebabkan bayi kembung dan bilirubin pula tidak dapat disingkirkan melalui najis. 

  • Makan jamu dan makanan yang panas
Amalan pengambilan jamu sebenarnya boleh menyebabkan kekurangan enzim yang menyingkirkan bilirubin. Ibu-ibu yang menyusukan bayinya perlu mengelakkan mengambil jamu dan makanan yang memanaskan badan seperti halia, lada hitam dan sebagainya buat sementara waktu.  Bahan-bahan ini dipercayai boleh menyebabkan tahap bilirubin meningkat. 

  • Memberi Susu Formula 
Elakkan memberi susu formula bila mengetahui bayi mengalami Jaundis. Seelok-eloknya lakukan rangsangan agar bayi dapat menyusu secara terus dari payudara.  Sama seperti pemberian susu kambing dan glukos, pemberian susu formula juga tidak dapat membantu menyingkirkan bilirubin melalui tubuh dengan sempurna. 

Semoga entri ini bermanfaat untuk anda! 



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

 Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

1 comments

  1. nice info. boleh buat rujukan buat para papa dan mama

    ReplyDelete

Apa Kata Anda

Instagram