4 kegunaan limau kasturi

Friday, September 12, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Puas memikir untuk menu makan malam hari ni. Akhirnya buat menu ringkas je ikan cencaru bakar cicah sambal kicap dengan sup sayur.

Jadi, mulalah langkah silat dibuka. Tung tang Tung tang masak di dapur siap juga akhirnya. Budak- budak ni bau sikit lauk je mulalah memuji " Emm,  sedapnya bau. Ibu, dah boleh makan?" Jadi, bagikan tiga orang puteri ni makan dulu,  dah kenyang baru ibu pula makan.

Perut dah lapar, walaupun menu ringkas pun sedap aja. Tapi bila ikan tu dicicah dengan sambal kicap seperti terasa kekurangan rasanya. Oh, limau kasturi! Sebelum putus selera, cepat-cepat keluarkan sebiji limau kasturi dari peti sejuk dan segera dipotong dua. Kemudian,  sebelah bahagian diperah ke dalam sambal kicap di pinggan. Terus menyambung makan. Emm..sedap!  Barulah rasa nikmatnya. Apa taknya tambah lagi sepinggan.

Banyak je sebenarnya fungsi limau kasturi ni. Entri kali ni cuma nak kongsi 4 kegunaan limau kasturi dalam kehidupan seharianku:

1. Penambah perasa dalam makanan.
Tak sedap kalau takde limau kasturi dalam menu seperti mee rebus, mee siam, aneka sambal dan macam- macam lagi.

2. Penyegar tekak yang dahaga.
Oh..sedapnya apabila air perahan limau kasturi ni diminum sejuk ketika cuaca panas dapat menghilangkan rasa dahaga. Jika diminum suam-suam dapat melegakan rasa mual. Ada juga yang berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan air limau ini.

3. Digunakan untuk menghilangkan kesan degil.
Saya suka memerah limau kasturi dan dicampur ke dalam pencuci pinggan ketika kerja-kerja mencuci pinggan. Di samping itu, saya pernah juga mencuci barang kemas menggunakan air sabun yang dicampur limau.

4. Ditanam sebagai pokok hiasan.
Cantik je kalau ditanam depan rumah. Tak payah ke kedai nak membelinya. Sebab baru pindah rumah, jadi dalam proses untuk membeli anak pokok.

Diharap entri kali ni menyumbang info kepada pembaca semua.



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!



 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram