3 Teknik Kenal Pasti Jaundis

Monday, September 29, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Assalamualaikum
Lagi-lagi tentang Jaundis. Jangan jemu ye..sebab beruntung jika anda melahirkan bayi anda bebas Jaundis. Kira-kira 50% bayi akan mengalami kuning selepas dilahirkan disebabkan masalah hati bayi belum matang dan biasanya bermula dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan.

Ada juga bayi yang mengalami Jaundis sebelum bayi berumur sehari disebabkan beberapa faktor risiko.  Namun, kes sebegini jarang-jarang berlaku di negara kita.

Sebagai ibu bapa prihatin,  terdapat langkah-langkah mengenal pasti sekiranya bayi mengalami Jaundis sebaik sahaja dibenarkan pulang ke rumah.

Terdapat 3 Teknik untuk anda kenal pasti sekiranya Jaundis berlaku :

  • Tekan dengan lembut pada hidung kira-kira empat saat menggunakan jari telunjuk. Bayi dikatakan mengalami Jaundis jika terdapat kesan kuning.
  • Dengan cara yang sama menekan pada gusi bayi. 
  • Paling mudah ialah melalui mata bayi. Bayi Jaundis akan menunjukkan kekuningan pada putih matanya. 
Sekiranya anda mengetahui bayi anda mengalami Jaundis, susukan bayi anda dengan kerap dan kejutkan bayi anda untuk disusukan dengan kerap.  Bayi Jaundis akan tidur lebih lama dan kurang aktif.

Amalan yang boleh dilakukan oleh ibu hamil agar bayi yang lahir tidak mengalami Jaundis yang lama:

  • Mengamalkan memakan kurma bermula trimester kedua hingga akhir trimester. ( memakan kurma di sepanjang tempoh kehamilan adalah sangat digalakkan) 
  • Elakkan pengambilan teh dan kopi
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat
  • Meminum susu kambing sepanjang trimester akhir
  • Mengamalkan pengambilan suplemen vitamin B Complex 
  • Elakkan mengambil ubat-ubatan yang mengandungi herba 
  • Memperbanyakkan bacaan al Quran dan sentiasa berdoa
  • Bersikap positif dan elakkan stres.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. 



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

 Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

1 comments

  1. Alhamdulillah alfateh lahir takde jaundice. Terima kasih share info :)

    ReplyDelete

Apa Kata Anda

Instagram