Vivix Super Antioksidan

Saturday, July 05, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Assalamualaikum..salam Ramadhan. Semoga kekal bertenaga sepanjang berpuasa hari ini hingga ke akhir Ramadhan.

Entri kali ini nak cerita sedikit tentang antioksidan.

Antioksidan?

Apa pula halnya antioksidan ini? Apa kaitan antioksidan dengan kita??
Antioksidan ialah sebatian yang menghalang serangan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel tubuh kita dan menyebabkan sesuatu penyakit. Antioksidan bertindak dengan merencat proses pengoksidaan molekul-molekul lain. Proses pengoksidaan inilah yang menghasilkan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan molekul yang tidak mempunyai pasangan elektron. Disebabkan tiada pasangan elektron, ia menjadi tidak stabil dan sifatnya tersangatlah reaktif. Umpama orang bujang yang dah sampai syarat wajib kahwin!!!


Jadi untuk kestabilannya, radikal bebas ini akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Maka, pencerobohan yang berlaku ini menyebabkan sel-sel mengalami kerosakan sel sekaligus mengubah fungsi dan DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut.


Contoh yang mudah dilihat seperti buah epal yang terdedah kepada udara akan bertukar warna, kan?? - kesan kekuningan akibat radikal bebas yang ada di udara.

Apabila semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak. Justeru semakin banyaklah fungsi semulajadi badan yang tergendala dan ianya mengundang pelbagai masalah kesihatan. Antara penyakit yang berkaitan dengan stres oksidatif seperti kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan lain-lain penyakit degeneratif. Yang pasti radikal bebas juga menyebabkan penuaan!!

Di sinilah pentingngya peranan antioksidan.

Tidak seperti radikal bebas, antioksida mempunyai lebihan elektron atau elektron bebas. Elektron bebas ini didermakan kepada radikal bebas yang reaktif untuk meneutralkan potensi pengoksidaan tinggi. Dalam erti kata lain, antioksidan bertindak sebagai "peneutral radikal bebas" kerana fungsinya meneutralkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.


Namun, bagaimana untuk mendapatkan antioksidan?

Antioksidan dalam tubuh (endogen)tidk dapat menampung untuk meneutralkan radikal bebas. Tubuh kita memperoleh tambahan antioksidan melalui sumber makanan yang kita makan. Antara antioksidan yang boleh diperoleh seperti Vitamin A,C, E, selenium dan beta karotena.


Selain dari sumber makanan, antioksidan diperoleh dari suplemen. Suplemen lebih mudah berbanding daripada sumber makanan disebabkan faktor kebersihan, suhu dimasak dan kandungan zat yang tinggal.

Shaklee juga ada set antioksidan untuk menangkis serangan radikal bebas.
i. Set bajet antioksidan Shaklee
Carotomax
Vitamin E dengan Selenium
Vitamin C Sustained Release



ii. Premium antioksidan Shaklee
Vivix

Diketahui Vivix ialah sirap pekat dengan kepekatan antioksidan yang tinggi. Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol berbanding produk yang lain. Kandungan Vivix terdiri daripada campuran unik botani Polygonum cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.

Lebih lanjut tentang Vivix, baca SINI



Nak beli Set Bajet Antioksidan
Nak beli Vivix


ATAU,


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI
Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi 
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram