Performance Drinks Istimewa Ramadhan

Friday, July 11, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Assalamualaikum..salam Ramadhan..
Bagaimana puasa hari ni? Semoga lebih baik daripada semalam..
Sudah bersiap-siap untuk memasak juadah apa berbuka nanti atau lauk tunjuk-tunjuk saja?
Tak kisah apa-apapun yang ingin kita nikmati selagi tidak membazir.

Hari ni nak berkongsi resepi minuman segar untuk pembaca-pembaca setia.

Bancuhan Performance Orange Punch..suka-suka je bagi nama..



Dua hari lepas mengidam nak berbuka dengan rojak. Nak ke bazar Ramadhan jauh sekali sebab nak bawa anak yang tiga orang tu?? Jadi lepas pulang dari sekolah terus beli bahan-bahannya. Buat pun untuk tekak sendiri je jadi adalah lebihan nenas.

Bila tengok nenas yang lebih tu teringat pada mak yang jauh di kampung. Mak suka buat air nenas untuk kami sekeluarga sebagai minuman selepas berbuka puasa sewaktu zaman kecil-kecil dulu. Jadi, takkan nak membazir kan? Lebihan nenas itupun ditenggek di atas dapur bersama-sama air yang dicampur dengan gula. Masak hingga nenas lembut atau gula larut dan air mendidih.
Air nenas yang dah siap dibiarkan pada suhu bilik sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Ringkasan resepi punch Performance:

200ml air nenas (home-made)
3 sudu besar Performance Drink Orange
2 sudu besar yogurt asli

Caranya:
Satukan kesemua bahan-bahan ke dalam botol air goncang dan goncangkan ia!!!
Rasa macam Vitagen...sedap!!!

Dah tinggal separuh je..



Nak beli Performance sendiri? Klik sini
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa!!



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI
Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
 ♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram