Lagi-lagi pasal Letih

Saturday, June 28, 2014

Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor  | 019-7399253 | 014-2069522 


Asyik cerita pasal Letih. Letih betul cerita pasal Letih. Kalau letih sebab penyakit, yang itu kena pergi semak balik apa yang tidak kena pada tubuh.

Tapi ada sebab-sebab lain yang membuatkan kita letih sampai tak ingat dunia!! Letih biar berpada-pada tau!!

Adakah kita berasa letih sebab:


  • Sensitiviti elektrik 
Letih sebab alat elektrik??? Biar betul? Ada kajian mendapati bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi terhadap populasi dunia dan ia memberi kesan kepada sistem semulajadi tubuh. Tanpa kita sedari penyebabnya tetapi ia menjadi kelaziman dalam hidup seperti meletakkan telefon di sisi katil,  terlalu dekat dengan skrin komputer, meletakkan jam digital berdekatan ketika tidur dan sebagainya.

  • Makan tengahari 
Waktu makan tidak menentu dan tidak seimbang membuatkan kita mudah letih. Gaya pemakanan sebegini akan mempengaruhi sistem imunisasi tubuh. Seharusnya, makan tengahari diambil dengan kadar yang betul dan menu yang bersesuaian untuk mengelakkan malas dan mengantuk. 

  • Dehidrasi 
Kehilangan air dalam badan akan mengganggu daya tumpuan dan kesihatan minda.  Keadaan ini akan menyebabkan badan menjadi letih dan lemah. Atasi dehidrasi dengan meminum air dan anda akan rasai perbezaannya. 

  • Cara bersenam 
Walaupun senaman memberi kesan yang baik kepada badan, jika tidak dilakukan dengan cara dan masa yang betul bukan sahaja keletihan yang dirasa malah tenaga akan semakin berkurangan. 

  • Ubat-ubatan 
Kebanyakan ubat-ubatan sintesis sintetik memberikan kesan sampingan yang negatif seperti rasa letih dan mengantuk. Antaranya seperti ubat anti-depresi dan ubat penghalang beta seperti ubat migrain dan darah tinggi. 

  • Tidur kurang berkualiti 
Tidak dapat dinafikan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti setiap hari adalah mustahil. Ramai yang tidak dapat tidur lena disebabkan amalan gaya hidup yang tidak sihat. Tidur yang cukup bukan sahaja penting untuk kecantikan kulit malah penting juga untuk kesihatan. 

  • Kurang zat besi dan vitamin B12
Kekurangan zat besi dan vitamin B12 boleh menyebabkan anemia. Zat besi penting untuk penghasilan sel darah merah manakala B12 untuk
mengangkut oksigen ke seluruh badan. Jika rasa letih dan mudah emosional,  cubalah ambil B12. 



Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi 
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram