Kurus dan Sihat Eksklusif dengan Shaklee

Wednesday, June 11, 2014

Obesiti



Apabila ada masalah berat badan timbul pula masalah lain seperti rasa tak selesa bila berjalan, masalah kesuburan, darah tinggi, obesiti, diabetes dan sebagainya.



Anda memang patut risaukan kesihatan terutamanya jika anda mengalami masalah berat badan. Saya amat berbesar hati untuk berkongsi dengan anda panduan yang betul apabila mengamalkan set kurus Shaklee agar anda mendapat berat idaman dan bentuk tubuh yang ideal.


Kemungkinan besar anda baru lagi dengan produk Shaklee. Jadi anda PERLU membaca entri ini hingga habis.

Anda Sihat dengan Berat Badan Ideal



Bagaimana cara anda diet? Tau tak apa maksud diet?! Rata-rata di luar sana akan berkata bahawa diet tu 'skip' makan seperti sarapan,  makan tengahari ataupun makan malam. Tambahan lagi jika menggunakan produk diet yang tidak diketahui kandungannya.  Sebab itu bila makan produk tersebut, berat badan turun dengan cepat. Bila berhenti makan produk,  berat badan naik dengan mendadak. Bila tak makan pagi atau tengahari, pasti waktu malam anda makan dengan banyak untuk menggantikan waktu makan siang tadi. Jika berterusan begini menunjukkan bahawa cara anda gagal untuk meneruskan misi kurus dengan sihat.





Tentu ada pernah dengar " makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang "
Sebenarnya, kekerapan kita makan ialah 5 kali sehari dalam kuantiti sedikit untuk setiap hidangan akan membantu meningkatkan metabolisme tubuh. Lemak akan dibakar dengan lebih banyak.

Jenis hidangan juga bergantung kepada jenis aktiviti yang kita lakukan.  Penting kita sesuaikan makanan yang diambil mengikut aktiviti yang kita lakukan.

Sunnah nabi juga mengajar kita makan dalam kuantiti sedikit. Kita mengunyah makanan pun sehingga 40 kali supaya makanan menjadi lebih halus dan mudah dicerna di dalam perut. Bayangkan kita makan dengan mulut penuh, pasti tak dapat mengisar makanan menjadi halus dan bila masuk ke perut makanan tersebut tidak dapat dihadam dengan baik.

Bila kita makan sedikit tetapi kerap, kita takkan mudah rasa lapar. Nafsu makan juga dapat dikawal. Bila makan dengan kerap metabolisme tubuh meningkat dan perut akan lebih cekap bekerja.

Lagi satu bila kita sedang bersungguh nak berdiet ni perasan tak berat cepat naik bila kita tak konsisten? Kalau nak tau yang kurang tu bukannya lemak tetapi sebenarnya otot kita yang berkurangan.

Sebab itu tubuh kita mudah berasa letih kerana kekurangan protein semasa misi menurunkan berat badan. Protein diambil dari otot sebab itu badan jadi menggeleber dan lemah.

Protein sangat penting dalam proses diet dan perlu diambil dalam kuantiti yang betul. Pengambilan protein yang berlebihan akan membebankan buah ginjal.

Siapa yang tak ghairah nak turunkan berat badan dengan cepat?  Tapi terlupa lemak- lemak yang dikumpul setelah sekian lama. Lantas pantang nampak produk kurus dengan cepat pasti hendak dicuba semua tanpa menyelidik terlebih dahulu. Natijahnya, berat badan naik mendadak, kegagalan buah pinggang hingga ada yang maut!!

Jangan mudah terpedaya.

Nak kurus dengan sihat memerlukan pengorbanan anda untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat.
Untuk hasil yang optimum amalkan dengan set kurus Shaklee.


Kurus dengan Shaklee sangat mudah dan menyeronokkan.


Konsep yang dititikberatkan dalam pengambilan Set Kurus Shaklee  ada 3 peringkat iaitu:

1. Pembakaran Lemak


Agen pembakar lemak Shaklee ialah Lecithin dan Omega Guard. Kedua-dua agen ini menjalankan fungsi membakar lemak dengan cara yang tersendiri. Lecithin bukanlah pembakar lemak tetapi digelar Pengemulsi lemak. Fungsinya untuk memecahkan molekul lemak menjadi butiran yang lebih kecil supaya mudah diproses dalam sistem pencernaan. Manakala Omega Guard pula tidak mengemulsikan tetapi membakar lemak yang termendap.


2) Membuang Toksin atau Detox


Detoks sangat penting untuk membersihkan usus supaya  segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan supplemen diserap dengan lebih sempurna.
Agen detoks Shaklee ialah Alfalfa dan Herblax. Kedua-dua agen ini merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita secara semulajadi.


3) Membina sel dan tisu baru


Bila lemak dah dibuang, kulit akan mula nampak menggeleber. Bahagian yang menggeleber itu diganti dengan pembinaan otot-otot baru.
Untuk pembinaan otot, protein amat diperlukan untuk menjaga otot daripada ditukarkan kepada tenaga. Lemak yang dibuang meninggalkan ruang-ruang untuk pembinaan otot baru. Jadi kulit akan kelihatan tegang dan nampak lebih cantik.
Minuman berprotein Shaklee Cinch Shake Mix dan ESP membantu untuk membina semula otot-otot yang menggeleber. Minuman ini membuatkan kita akan berasa kenyang lebih lama secara tak langsung kita dapat mengawal nafsu makan.

Sebagai tambahan Cinch Tea Mix gabungan pelbagai jenis teh yang berfungsi untuk membekalkan tenaga sepanjang proses diet.


EKSKLUSIF SET KURUS SHAKLEE


Selain menurunkan berat badan, produk ini juga menekankan konsep Inch Loss bermaksud anda bukan sahaja kurus tapi juga membentuk tubuh badan.

BEBAS BAHAN KIMIA. Semua produk shaklee dari bahan semulajadi sesuai dengan slogannya "Always Safe, Always Works, Always Green"

Senaman PENTING untuk hasil yang optimum. Bersenam kan bagus untuk kesihatan juga. Badan sihat otak pun cergas.

Sebaik-baiknya elakkan makanan berlemak dan lebihkan pengambilan air putih 3 liter sehari.





Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
Shaklee Independent Distributor
964127
NOORASMAH KARIM
019-7399253/014-2069522 (SMS/WhatsApp)
FB Page:
pengedar Vitamin Seremban 
Ibusrikandi 
nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram