5 Punca Utama Badan Lesu

Thursday, June 26, 2014

Asma El Kareem | Trusted Independent Distributed | 019-7399253 | 014-2069522

Cerita pasal penat, siapalah yang tak penatkan? Bila letih, badan lesu otak pun turut sama rasa kesannya. Saya sendiri bukanlah nak menggelar diri sebagai 'supermak', tetapi sebagai isteri,  ibu, anak dan wanita bekerjaya tentulah inginkan yang terbaik untuk insan-insan tersayang. Lantas, tetap kugagahi jua rasa letih dan lesu itu. Kehidupan perlu diteruskan!

Namun  setelah beranak tiga, rasa keletihan dan kelesuan tersangat melampau. Kadang -kadang hampir rasa putus asa. Apa tidaknya, suami cuma pulang pada hujung minggu atas tuntutan kerja. Jadi, setiap kali pulang ke rumah, rasa letih dan lesu kian mencengkam sampai ke otak. Tak boleh silap sedikit mula hendak naik angin.  Anak memanggil pun diherdik! Jangan!!!

Menurut pembacaan dan juga pengalaman sendiri, terdapat beberapa perkara yang asas tetapi sering tidak diambil berat oleh wanita mahupun lelaki.

Cuba pertimbangkan 5 perkara di bawah ini sama ada benar atau tidak ia berlaku dalam kehidupan anda.

1.  Kurang makan  

Konsep yang mudah iaitu bila kita makan, tubuh akan menyerap nutrien dan ditukarkan kepada tenaga. Maka, jika kita tidak makan, tiada tenaga diperolehi.  Jika makan sedikit, sedikit juga tenaga yang dihasilkan. Jika makan lebih maka lagi banyak tenaga akan dihasilkan.

Kadangkala bila terlalu sibuk, kita tidak menyedari makanan yang kita ambil itu terlalu sedikit. Kalau pengalaman saya sendiri,  memang tak berselera nak makan jika terlalu sibuk kerana fokus utama pada tugas. Ini menyebabkan saya makan terlalu sedikit dan jarang-jarang.
Oleh itu, penting untuk kita makan dengan kerap mengikut masa yang ditetapkan.  Tinggalkan seketika tugasan untuk mengalas perut agar tenaga dapat dikembalikan. Kita tidak digalakkan untuk meninggalkan sarapan kerana itulah tanda bermula hari kita Untuk lebih bertenaga.

2. Tidak cukup minum air

Dehidrasi menyebabkan tubuh menjadi lesu.  Tubuh memerlukan air kira- kira satu liter untuk setiap 25kg jisim tubuh. Kekurangan air dalam badan akan menyukarkan proses-proses berlaku di dalam sistem tubuh kita. Jadi banyakkan minum air putih 3 liter sehari. Elakkan air manis.

3. Pengambilan gula secara berlebihan 

Gula memang sangat diperlukan untuk kekal bertenaga. Pengambilan gula di antara waktu makan meningkatkan kandungan gula dalam darah dan hanya membekalkan tenaga yang sekejap sahaja.

4. Tidak Bersenam

Apabila badan letih,  nak bersenam pun tak lalu. Akan tetapi dengan bersenam sebenarnya membantu meningkatkan tenaga. Dengan bersenam,  jantung dan peparu akan lebih cekap untuk menjalankan fungsi, melancarkan peredaran darah dan membantu tubuh mengangkut oksigen dan nutrien dengan cekap ke sel otot.
Luangkan 30 minit lima kali seminggu dan rasai perbezaannya.  Hanya aktiviti berjalan, mudahkan?

5. Tak cukup tidur

Ini merupakan perkara lazim bagi kebanyakan wanita. Berjaga di tengah-tengah malam kerana membancuh susu anak. Paling tidak pun melayan anak yang ajak bermain!! Oh, mengantuknya! Bangun pagi pergi kerja dengan mata sembap. Tempoh tidur yang baik ialah 8 jam sehari. Namun, jangan kurang daripada 6 jam. Untuk tidur yang lena, tutupkan lampu. Elok untuk minum secawan susu hangat. Kalau tak suka susu, telan Ostematrix 2 biji sebelum tidur.

Jadi, sebagai wanita beri ruang untuk diri. Cuba amalkan 5 perkara di atas. Anda akan rasakan yang hidup ini lebih positif dan lebih sihat.

Macam saya, sejurus pulang ke rumah terasa badan automatik menjadi letih. Kebiasaannya, saya akan ambil masa lima hingga sepuluh minit untuk lelap. Kemudian, Saya akan bangkit dan terus menyambung tugas-tugas di rumah pula.
Apabila malam, sebelum tidur saya akan telan 2 biji Ostematrix untuk tidur yang lebih tenang.
Selalunya, saya akan mudah bangun pagi dan badan akan berasa lebih ringan.

Nak order Ostematrix


Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram