Water Pitcher Shaklee: Jimat dengan Nilai Hebat, Air minum lebih selamat

Tuesday, May 06, 2014

Alhamdulillah dapat mencoret lagi khusus untuk pembaca sekalian. Sejak krisis air yang berlaku di beberapa negeri menyenan9timbul kesedaran kepada ibu tentang kebersihan air.

Taukan air sangat penting kepada kita dalam hidup? Dengan cuaca yang panas terik. Jadi, penting untuk kita mendapatkan bekalan air yang cukup untuk fungsi tubuh yang optimum. Cukup tak minum 2liter air sehari??

Rutin bila keluar berjalan-jalan, bekalan air putih mesti ada. Lagi-lagi bila nak buat susu anak-anak. Pernah juga sekali tak bawa bekal air, kebetulan masa tu pergi rumah saudara. Ibu pun berkenanlah untuk meminta sedikit air putih untuk tambahan membancuh susu anak. Lazimnya, ibu akan meminum sedikit air sebelum susu dibancuh.

Gulppp!!! Peliknya rasa dan warnanya pun seperti gambaran rasa airnya. Ok bersabar dan tawakal jek..semoga yang baik-baik saja berlaku. Yalah kat rumah orang kan..takkan nak komplen lebih-lebih. Masa tulah terlintas di fikiran : Shaklee Water Pitcher. Alangkah indahnya jika Water Pitcher ada di tangan.

Kenapa best sangat Water Pitcher ni??

Paling best sebab memang mudah nak bawa ke mana- mana. Tak payah risau nak beli air dan jimat pula tu. Sebab apa jimat, tadah je water pitcher di paip dan tunggu beberapa ketika sementara air ditapis. Boleh terus minum dan rasa yang enak. Air kosong pun enak tau. Itulah kalau ditapis dengan Water Pitcher.

Cuba anda buat sedikit pengiraan. Jika anda gemar membeli air mineral untuk minuman sekeluarga ataupun di tempat kerja. Sekarang ada syarikat pengeluar air mineral dah wujudkan water dispenser sendiri. Sebotol air mineral yang 6 liter berharga RM8.00, andaikan sehari sekeluarga minum sebotol; 30 hari bersamaan RM8.00x 30= RM240.00. Setahun bersamaan RM2880.00
Gambar sekadar hiasan


Harga Water Pitcher cuma Rm460 (RRP). Dalam tempoh 2 bulan sahaja dah boleh beli water pitcher ni. Water pitcher hanya perlu tukar penapisnya sahaja yang bertahan sehingga 4 bulan. Kos penapis cuma RM161( RRP) ada 3 pek di dalamnya. Cuma modal RM40++ je dalam tempoh 4 bulan untuk kos tukar penapis.  Jimat tak??? Suka tak???

Jadi, mengapa bayar lebih sedangkan kita ada jalan untuk berjimat,  selamat dan mudah?? Relakan RM2880 dibelanjakan dan membiarkan botol- botol mineral tu berserakan di persekitaran??? Tepuk dahi, tanya poket.



Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
Shaklee Independent Distributor
964127
NOORASMAH KARIM
019-7399253/014-2069522 (SMS/WhatsApp)
FB Page: Ibusrikandi

nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram