Selamat Hari Buruh 2014

Friday, May 02, 2014

Selamat Hari Buruh..khusus untuk buruh-buruh sahaja!!! Kasar bunyi nye..sebab tu sekarang dipanggil Hari Pekerja..so selamat hari pekerja kepada semua!!!!!
Apa yang korang buat bila hari cuti2 ni?? Yang pasti bos-bos akan terus bekerja untuk mengerah wang bekerja untuk mereka kelak.

Kadangkala kita berasa terlalu selesa dengan keadaan sekarang. Takut untuk keluar dari zon tersebut. Tidak mempunyai impian yang besar. Lebih rela keadaan tentukan masa depan sendiri berbanding berimpian besar dan berusaha sehabis daya demi mencapai impian itu.

Orang bekerja untuk dapatkan wang. Bekerja pula boleh dibahagikan kepada makan gaji dan berniaga.
Lazimnya, bekerja makan gaji ialah apabila gaji dibayar pada setiap awal atau tengah atau akhir bulan. Hanya orang yang minat dengan bidangnya sahaja akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berada di peringkat tertinggi.

Contohnya kerjaya guru, jika dia menyimpan impian untuk menjadi Menteri Pelajaran. Berapa ramai yang boleh menjawat jawatan tersebut??
Seorang guru itu perlu menunjukkan prestasi terbaik, membuat kajian, berkongsi hasil kajian kemudian diiktiraf dan pada satu-satu tempoh tertentu dinaikkan gred demi gred bergantung kepada prestasi. Andai kata ingin mencapai tahap menteri sesuatu usaha dan pengorbanan perlu dilakukan. Namun,  jika seorang guru itu hanya ingin menjadi guru yang biasa-biasa sahaja dia cuma perlu melaksanakan tugas hakiki dan tugas- tugas lain, menerima gaji yang sama pada hujung bulan dan berlanjutan sampai ke usia pencen dan meneruskan sisa-sisa hidup dengan duit pencen.

Satu lagi jenis sumber pendapatan ialah melalui perniagaan. Punca rezeki 9/10 datang dari berniaga. Melalui berniaga kita yang tentukan pendapatan yang kita mahukan. Tapi berniaga memerlukan disiplin dan keazaman yang tinggi. Dan yang paling menarik masa bekerja kita tentukan sendiri. Bagi wanita, lebih banyak masa dengan anak-anak. Berniaga dari rumah lebih mudah atau kini dikenali dengan istilah WAHM atau working at home mother. Kini WAHM menjadi pilihan dan kerjaya Surirumah tidak lagi dipandang rendah. Malahan WAHM telah berjaya mencapai pendapatan sehingga mencecah tujuh angka.

Apapun peluang yang datang pilihan di tangan kita. Samada memilih untuk berjaya atau memilih untuk terus selesa. Dan satu lagi perkara yang ingin dikongsikan..jika suatu hari nanti bila kita dijemput Ilahi..bagaimana persediaan kita? Apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak terutamanya yang masih kecil? Pernahkah terdetik di hati kita?  Atau kita memang telah cukup selesa dan telah bersiap sedia???
Renung-renungkan.....

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram