PCOS halang Kesuburan

Wednesday, May 07, 2014

PCOS sejauh mana kebenarannya menghalang kesuburan ? 


Antara 5 hingga 10 peratus wanita peringkat produktif berhadapan dengan PCOS atau Sindrom Polisistik Ovari. Punca berlakunya PCOS apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan iaitu hormon lelaki dan insulin berlebihan. 

Beberapa simptom yang membawa kepada masalah PCOS di antaranya :

  • Obesiti 
  • Kemandulan 
  • Kolestrol tinggi 
  • Kencing manis 
  • Tumbuh bulu berlebihan seperti lelaki 
  • Kitaran haid tidak teratur (jika datang, tempoh lama dan kuantiti banyak)
Untuk mengenalpasti PCOS,  diagnosis perlu dijalankan untuk meneliti kriteria sama ada berkaitan atau tidak. Sekiranya terdapat sekurang-kurangnya dua simptom ini, ia akan disahkan sebagai PCOS :
1. Ketidakseimbangan hormon yang ditunjukkan melalui ujian darah. 
2. Imbasan pelvis yang mengesan Polisistik Ovari
3. Kitaran haid tidak menentu 


Dianggarkan 80 peratus penghidap PCOS mengalami masalah kesuburan . Situasi ini memberikan impak yang besar bukan sahaja pada sudut fizikal malahan emosi jua lebih-lebih lagi bagi pasangan suami isteri.  Tekanan mula dirasai dengan perasaan rendah diri dan bersikap memencilkan diri.

Namun, jika anda mengalami PCOS anda perlu kekal positif. Perkembangan teknologi perubatan masa kini memungkinkan masalah ini dapat dirawat.  Jenis rawatan pula bergantung kepada beberapa faktor.

Antara rawatan yang boleh membantu meningkatkan kesuburan :

1. Bagi yang bertubuh gempal, cuba kurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.  Memadai penurunan sekitar 10 peratus kerana itu sudah cukup bagus dan memberi kesan positif terhadap kitar haid.

2. Pengambilan pil perancang juga baik bagi membetulkan kitar haid. Pastikan mendapat nasihat doktor pakar dan pengambilannya mengikut saranan dos yang betul.

3. Untuk yang bermasalah dengan kitaran haid,  asid linolenik gama (GLA) boleh diambil sebagai suplemen dalam memelihara kesihatan setiap bulan.  Dalam GLA terdapat sejenis asid lemak omega-6 yang diperlukan untuk sintesis prostaglandin. Di samping itu, ia turut mengandungi minyak bunga matahari Dan vitamin E untuk melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun.

Kredit to permatacintaku.blogspot.com


Jika anda menghidap PCOS jangan malu untuk mendapatkan pemeriksaan bagi memastikan masalah yang dihadapi. 


Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
Shaklee Independent Distributor
964127
NOORASMAH KARIM
019-7399253/014-2069522 (SMS/WhatsApp)
FB Page: Ibusrikandi
nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram