Panduan Elak dan Rawat Ekzema

Tuesday, May 06, 2014

Ekzema disifatkan sebagai kekurangupayaan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan alahan mudah menerobos ke lapisan kulit dan menghilangkan kelembapan kulit yang serius.  Ekzema juga menyebabkan kegatalan melampau dan keinginan menggaru yang tinggi.  Tahap kegatalan semakin meningkat apabila kulit semakin kering.  Jika digaru berulang kali lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam.  Kitaran ini berpotensi untuk berulang. Oleh sebab itu, langkah pencegahan perlu diambil. 


Berikut ialah beberapa panduan penjagaan kulit khusus bagi mereka yang mengalami ekzema :

1. Had penggunaan produk yang berisiko 

  • Elakkan menggunakan produk losen selepas bercukur,  gasolin dan turpentin kerana cenderung mendatangkan iritasi kepada kulit. 

2. Memilih losen yang sesuai

  • Pelembap menjadikan kulit lembut. Namun elakkan pelembap yang mengandungi bahan pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Gunakan pelembap berbentuk krim yang sesuai untuk kanak- kanak kerana ia tidak berminyak dan mengandungi agen anti-radang. 

3. Gunakan sabun lembut

  • Mandi dengan sabun yang lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.
4. Berendam seketika
  • Berendam selama 15 hingga 20 minit baik untuk kulit kerana lapisan luar kulit menyerap air dan mengelakkan kekeringan. 
5. Pilih tuala lembut
  • Guna tuala lembut untuk mengelap. Elakkan menggaru. Selesai mandi, sapukan losen atau minyak bayi untuk mengekalkan kelembapan. 
6. Kawal aktiviti harian
  • Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit.
7. Kawal tekanan
  • Kenal pasti cara untuk mengurangkan tekanan. Hal ini boleh membantu mengelakkan ekzema menjadi lebih teruk.
Lagi tentang ekzema
Langkah merawat ekzema dengan Shaklee




Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan
tempahan, boleh hubungi saya melalui:
Shaklee Independent Distributor
964127
NOORASMAH KARIM
019-7399253/014-2069522 (SMS/WhatsApp)
FB Page: Ibusrikandi
nash_gal@yahoo.com

x

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram