Mitos dan Fakta tentang Keguguran rambut

Monday, May 05, 2014

Rambut sihat dan cantik menjadi keinginan setiap wanita. Tidak ketinggalan juga bagi lelaki yang mementingkan gayaan kebersihan. Namun, jika tidak diberi perhatian, perubahan akan terjadi kepada rambut secara perlahan- lahan. Kemungkinan jua akan menyebabkan masalah keguguran rambut.



Ibu akan berkongsi info tentang Keguguran rambut. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita mengalami masalah berkaitan rambut. Tetapi tanda-tandanya sukar dikenalpasti. Dan boleh berubah menjadi teruk jika tidak dirawat. Sesetengah daripada kita mengambil sikap tidak endah akan masalah ini. Akhirnya, timbul penyesalan apabila merasakan kulit kepala terdedah dan nampak berkilau sehingga menyebabkan jumlah rambut berkurangan dan penipisan secara keseluruhan.

5 punca rambut gugur:

1. Penggunaan otak berlebihan dan tekanan kerja
2. Ketidakseimbangan hormon
3. Gaya diet yang salah dan pemakanan tidak seimbang.
4. Kerap melakukan rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti pewarna rambut, mengerinting atau meluruskan rambut.
5. Rambut gugur selepas bersalin.

Mitos vs Fakta tentang Rambut Gugur

Mitos: Kehilangan 50 helai rambut sehari adalah normal 
FAKTA: Rambut tumbuh dan gugur mengikut kitaran pertumbuhan biasa. Purata bilangan folikel dalam kulit kepala antara 100000 hingga 150000. 90% daripadanya berada dalam kitaran pertumbuhan pada waktu tertentu. Jumlah sebenar rambut berbeza- beza bagi setiap orang. Namun, kajian terbaru menunjukkan bahawa anggaran 20-30 helai rambut adalah keguguran biasa dalam sehari. Maka, kehilangan lebih daripada 30 helai menunjukkan petanda awal masalah keguguran rambut. 

Mitos : Kelemumur hanya berlaku kepada orang yang berkulit kepala kering.
FAKTA : Kelemumur boleh berlaku kepada kedua -dua jenis kulit kering mahupun berminyak. 

Mitos : Kelemumur disebabkan oleh bakteria. 
FAKTA : Sebenarnya bakteria tidak menyebabkan kelemumur tetapi memburukkan keadaan. Kelemumur menjadi sarang kepada bakteria untuk membiak. Sekiranya terdapat kelemumur pada kulit kepala bakteria akan membiak dan menyebabkan kelemumur menjadi lebih serius.

Mitos: Kerap mencuci menyebabkan keguguran rambut.
FAKTA: Kekerapan mencuci tidak merosakkan rambut. Cucian seberapa kerap yang disukai namun pilihlah syampu yang sesuai dengan rambut anda supaya ia benar-benar dapat menambah kelembapan dan kecantikan pada rambut anda.

Shaklee ada menyediakan rangkaian produk penjaga rambut yang lengkap Prosante dan nutrien yang diperlukan untuk menguatkan rambut hingga ke akarnya.

Prosante terdiri daripada 

Nourishing Scalp Treatment - menyokong persekitaran optimum untuk rambut sihat dan menangani semua jenis Stres yang dihadapi  oleh kulit kepala 

Revitalizing Shampoo - mengimbangi kulit kepala, membantu mengurangkan kusut dan mengekalkan imbangan kelembapan dan kilauan.

Purifying Shampoo - membersih secara mendalam dan menghapuskan kotoran dan pembentukan minyak tanpa menanggalkan rambut atau kulit kepala. 

Lightweight Conditioner- menyerap kutikel rambut untuk mengekalkan imbangan pH dan hidrasi kulit kepala.

Replenishing Conditioner - meningkatkan kesihatan rambut dan penawar rambut kering, rapuh, bertempur dan dirawat kimia.

Long- lasting Finishing Spray - Pelengkap kepada sistem Prosante dengan melindungi rambut dari kerosakan UV di samping melembapkan rambut sebagai kawalan rapi dan lembut.


Nutrien yang diperlukan seperti

B complex - bertindak sebagai anti Stres

Zinc- mengukuhkan rambut

ESP - asas pembinaan rambut daripada protein

Vita C - membantu meningkatkan peredaran kulit kepala

Vita E - meningkatkan penyerapan oksigen

Collagen - melembapkan rambut dan elakkan rambut pecah

GLA- merawat masalah hormon (wanita)









Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
Shaklee Independent Distributor
964127
NOORASMAH KARIM
019-7399253/014-2069522 (SMS/WhatsApp)
FB Page: Ibusrikandi
nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram