Bahaya Penyakit Darah Tinggi

Tuesday, May 13, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Saja je ibu pilih tajuk wayang omputih lakonan Bruce Willis. Tu remaja dulu memang suka wayang yang sewaktu dengannya. Tapi apa relevannya dengan apa yang nak dikongsikan ni?

Hari ni ibu nak berkongsi tentang penyakit antara kategori pembunuh senyap juga hipertensi @ tekanan darah tinggi. 

Pernah tak terbaca tentang kematian terkejut. Contoh macam tengok wayang ekstrem macam Die Hard tu ( yang xsuke kata ekstrem), tengok perlawanan bola ke tak pun mati dalam tidur.

Kes-kes macam tu ada kaitannya dengan darah tinggi dan jantung. Bila sebut darah tentulah ada kaitan dengan jantung sebab kerja jantung mengepam darah. 

Menurut kajian, kejadian tekanan darah tinggi meningkat mengikut pertambahan umur. Secara amnya,  penyakit ini nampak tidak berbahaya tetapi serangan yang secara tiba-tiba boleh berubah menjadi satu komplikasi yang kronik akhirnya menyatakan kematian.

Tak dapat dinafikan semakin meningkat umur semakin kurang tahap kesihatan.  Daya tahan melawan penyakit juga menurun. Untuk mengatasinya, para pesakit perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor dan perlu mengambil pelbagai jenis ubatan untuk kesembuhan. 

Menyedari kesan sampingan ubatan moden menyebabkan kini ramai yang beralih kepada kaedah rawatan alternatif seperti homeopati, pengambilan herba dan juga amalan pengambilan suplemen. 

Jenis-jenis hipertensi 

Hipertensi primer

Berpunca daripada faktor risiko yang dikenalpasti tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala dalam tempoh yang singkat. Contoh apabila seseorang melakukan rawatan selepas mengalami sakit kepala dan kelesuan berterusan. Setelah menjalani beberapa rawatan dan ujian, pesakit itu disahkan menghidap penyakit hipertensi. 

Hipertensi sekunder 

Jenis hipertensi yang telah diketahui penyebabnya seperti akibat penyakit,  kesan atau perilaku seseorang seperti:
  • Tekanan perasaan 
  • Penyakit atau gangguan ginjal 
  • Pengambilan pil pencegah kehamilan atau kehamilan berlebihan
  • Pengambilan ubat terlarang
  • Cedera di kepala atau pendarahan otak yang serius 
  • Kanser dan kesan pembedahan 

Komplikasi hipertensi

  • Serangan jantung 
  • Angin ahmar 
  • Kegagalan ginjal 
  • Faktor keturunan 
  • Risiko kehamilan
  • Risiko dalam hubungan seksual

Kaedah rawatan untuk mengurangkan risiko

  • Rawatan farmakologi
  • Mengubah gaya hidup
  • Back to nature
Cadangan suplemen Shaklee untuk hipertensi

Coq Health- menurunkan tekanan darah dengan kehadiran kencing Q10

Omega Guard - Melancarkan peredaran darah dan menghalang pembekuan darah 

Vivix- mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular 



Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui: Shaklee Independent Distributor 964127 NOORASMAH KARIM 019-7399253/014-2069522 (SMS/WhatsApp) FB Page: Ibusrikandi nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram