Ikan Goreng Butter

Monday, May 26, 2014

Assalamualaikum..lama kiranya tak mencoret di sini. Al maklum, dengan line tenet yang ala-ala siput tak dapat nak hapdet entri.

Alkisahnya dah beberapa hari macam mengidam sangat nak makan butter prawn. Padahal tak penah makan pun. Sebab perkataan butter tu menggambarkan betapa sedapnya udang yang disalut butter. Asbabnya mak selalu cakap sedap makan buttered prawn masa majlis kahwin sepupu pada suatu ketika dahulu. Jadi timbul rasa ingin tahu bagaimanakah rasanya kesedapan udang goreng butter itu.

Sehingga beberapa hari yang lalu, balik dari sekolah pun dah lewat. Macam tak tahu nak masak apa untuk makan malam. Mujur dah keluarkan lauk dari freezer semalamnya lagi. Jadi dah sedia lembut laukku hanya tunggu untuk dikerjakan sahaja.Naluri kuat mengatakan "masaklah butter prawn". Lantas, kuturutkan naluri dan bersegera meng'Google' resepi. Kemudian terjumpalah resepi di blog Sis Azie (terima kasih kongsikan resepi ni).

Bila dah belek-belek resepi, dah kaji bahan-bahan dan cara memasak, maka kuteruskan perjuangan di dapur. Sekali tengok punya tengok yang dah dilembutkan tu rupa-rupanya ikan. Nak tunggu udang yang keras beku alamat tengah malam la baru makan. Jadi dah derhaka sikit dengan resepi yang Sis Azie tu bagi..(maaf ye kerana sengaja mencetuskan inovasi). Udang yang sepatutnya digunakan telah diganti dengan potongan ikan merah.

Jadi langkah-langkah memasak pun diturut seperti yang dah di'Google tadi. Bahagian yang paling  mencabar ialah nak buat sarang telur tu. Tengok kat blog sis Azie 'smooth' giler kentang sarang dia tak seperti sarang yang ku buat. Jadi alasan 'first timer' digunakan. Tapi hasilnya boleh membanggakan la untuk tukang masak amatur seperti ku. Dah siap buat sarang, goreng la si ikan merah. Terasa macam satu pilihan yang tepat sebab isi ikan merah sangat lembut dan manis. Jadi, bila digoreng garing pun tetap lembut isinya.

Kemudian, perjuangan diteruskan dengan memasak 'gravy'..betul ke istilah tu..tapi tak de la sampai macam sup..dalam resepi, sis Azie guna susu cair tetapi dengan kuasa veto telah ku'modified' guna 'full cream milk' susu tepung yang dibancuh separa pekat. Hehehee...rasanya memang mengancam walaupun tak seindah rupa. Agaknya macam ni lah rasa buttered prawn tapi kalau udang mesti lebih manis lemak manja-manja agaknya. Maaf tak dapat nak tepek gambar dek kebuluran petang itu. Terus cedok nasi panas-panas sambil menyuap empat beranak.Licinnnn!!! Siap dapat pujian daripada anak-anak. Tq sayang-sayang ibu..i luv u all. 





Gambar sekadar hiasan


p/s: lepas dah santap tu telan OMEGA GUARD..jaga kolesterol!!



Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
Shaklee Independent Distributor
964127
NOORASMAH KARIM
019-7399253/014-2069522 (SMS/WhatsApp)
FB Page: Ibusrikandi
nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram