Ekzema dan kehidupan Wanita

Tuesday, May 06, 2014

Ekzema Menyerang sesiapa sahaja tidak mengira jantina mahupun umur. 

Ekzema mengganggu kualiti hidup dan kesejahteraan emosi pesakit terutamanya dalam kalangan wanita.  

Terdapat beberapa tahap ekzema dan kesan kepada pesakit:

1. Tiada ekzema/ekzema tidak aktif 
- kulit biasa, tidak kering /merah 
- Tidak mengganggu kepada kualiti hidup

2. Ekzema jenis ringan 
- Kulit kelihatan kering, kadangkala terasa gatal
- Jenis ini memberi sedikit gangguan kepada aktiviti harian,  tidur dan kesejahteraan psikososial.

3. Ekzema jenis Sederhana 
- Kulit kelihatan kering, kerap terasa gatal,  kemerahan,  mungkin terdapat kesan luka, penebalan kulit dan perubahan warna kulit menjadi gelap (hiperpigmentasi)
- Jenis ini memberi gangguan sederhana terhadap aktiviti harian dan kesejahteraan psikososial, serta tidur kerap terganggu.

4. Ekzema jenis Teruk
- Melibatkan kawasan kulit yang meluas,  kulit kering dan gatal yang berterusan,  kemerahan,  mungkin terdapat kesan luka,  penebalan kulit yang meluas,  pendarahan,  berair, kulit merekah dan kulit menjadi lebih gelap. 
- Kesannya memberi gangguan yang teruk kepada aktiviti harian dan kesejahteraan psikososial,  tidak dapat tidur setiap malam.


Wanita lazimnya lebih sensitif terhadap rupa paras mereka. Bagi sesetengah pesakit wanita,  mereka berasa malu dan tertekan disebabkan perubahan kulit mereka terutama jika ekzema Menyerang pada bahagian yang terdedah seperti muka, tangan,  leher dan sebagainya.


Mereka berasa rendah diri dan takut untuk bersosial disebabkan masalah kulit yang mereka hadapi. Walaupun ekzema tidak berjangkit melalui sentuhan,  sesetengah orang mungkin tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentang penyakit ini. Justeru,  wanita yang menghidap penyakit ekzema berasa segan untuk bergaul dengan persekitaran mereka dan malu untuk berhubung atau bersalaman dengan orang di sekeliling mereka.


Mereka yang mengalami ekzema pada tahap yang lebih teruk dan gangguan kegatalan yang keterlaluan menyebabkan mereka tidak dapat tidur lena pada waktu malam dan menjejaskan kualiti hidup mereka di siang hari. 

Ekzema dapat dikawal sekiranya mendapat rawatan yang segera dan konsisten.  Walau bagaimanapun,  penyakit ini boleh berulang sekiranya terdedah kepada faktor pencetus ekzema seperti alahan makanan,  debu dan sebagainya.



Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
Shaklee Independent Distributor
964127
NOORASMAH KARIM
019-7399253/014-2069522 (SMS/WhatsApp)
FB Page: Ibusrikandi
nash_gal@yahoo.com

x

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram