Disleksia dan Shaklee

Tuesday, May 13, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni marathon mengemaskini artikel blog sempena cuti umum. Memang nikmat tidak terkata melainkan puji -pujian bagiNya yang menganugerahkan nikmat sihat dan masa.
Alhamdulillah kerana hari ni dapat sempurnakan tanggungjawab sebagai suri di mahligai.  Melayan kerenah anak-anak memang menguji kesabaran tapi bila berasa puas dapat mereka bermanja.

Tiba petang, sambil berehat -rehat menonton tv, ambil juga peluang tukar siaran..memang jarang tengok tv sejak Bershaklee. Kalau tak dibiar je anak-anak menonton siaran kegemaran tapi kali ni ibu mengalih ke siaran tv Hindustan.

Wayang ni sebenarnya dah pernah tengok pun ditayangkan di tv3. Tapi ulang tengok balik di zee tv. Apa tajuk dia tak hafal pulak tapi lakonan utama Amir Khan. Cerita berkenaan anak Disleksia.

Kita kalau jadi ibu bapa tentulah nak yang terbaik untuk anak-anak. Kisah anak ni daripada keluarga yang senang dan hanya dua beradik Sahaja; dia dan abangnya. Si abang memang cemerlang dan selalu dapat perhatian ibu dan ayah. Tapi si adik ni pula sentiasa dimarah. Memang sayu dan mengalir jugak la air mata beberapa kali. Bila asyik gagal dalam peperiksaan,  si bapa lantas membuat keputusan menghantar si anak yang lemah ni tadi ke asrama dengan tujuan untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik. Kehidupan si ayah dan ibu terlalu sibuk menyebabkan si adik berasa terabai. Disebabkan masalah pembelajarannya yang tidak boleh menguasai 3m dia hanya meluahkan perasaan melalui lukisan.

Kehidupan di sekolah baru pun tiada beza malah lebih teruk lagi apabila dicemuh oleh guru dan kawan. Mujur ada sahabat yang setia membantu tetapi si sahabat ni pula bermasalah dengan kakinya. Kemudian, datang seorang guru ganti yang bersemangat waja untuk mencurahkan ilmu yang penuh di dada. Guru inilah yang bertungkus -lumus membantu si adik tadi atasi masalah kemurungan dengan bantuan sahabatnya.  Sanggup berjumpa dengan si ayah dan ibu untuk menyelami masalah yang dialami.

Apabila dijelaskan si ayah sukar menerima kenyataan bahawa si anak mempunyai kekurangan. Disebabkan sifat material menguasai hanya yang berjaya sahaja didahulukan.  Benar! Semua orang mahukan kejayaan kesempurnaan.  Namun sempurna itu hanya milik Allah taala sahaja.
Bila si cikgu ni bersungguh-sungguh menerangkan segala, barulah si ayah dan ibu ni tersentak dari lamunan dan tersedar dari terus melakukan kesilapan.

Berkat kesabaran dan usaha si cikgu ni akhirnya berjaya memulihkan semula keyakinan diri si adik ni dalam masalah pembelajarannya.

Moral of the story :
Tak semua insan sempurna dan ada hikmah di sebalik kekurangan yang ada pada diri.
Jadi, serlahkan kelebihan diri yang kita ada daripada berasa tertekan dengan kekurangan diri.
( yang menonton cerita ni mungkin tahu. Si adik tu ada disleksia)

Shaklee juga ada rangkaian suplemen yang dapat membantu meningkatkan kecergasan dan kecerdasan anak-anak.

Mealshake - menyediakan khasiat lengkap untuk anak

Omega guard- minyak ikan yang membantu menguatkan memori

Vitamin c chewable - membantu melawan jangkitan



Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
Shaklee Independent Distributor
964127
NOORASMAH KARIM
019-7399253/014-2069522 (SMS/WhatsApp) FB Page: Ibusrikandi
nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram