Diet: Apabila selera Tidak dapat Dikawal

Tuesday, May 06, 2014

Assalamualaikum..hari ni ingin mengupas sedikit permasalahan yang mungkin ada berlaku di kalangan kita yang ingin menurunkan berat badan. Sejauh mana diet yang kita amalkan, dan mengapakah berlakunya peningkatan selera makan?

Mungkin ada yang berusaha untuk berdiet dengan mengambil makanan dalam kadar yang sedikit sehingga berjaya menurunkan berat badan. Namun, ia tak kekal lama dan menyebabkan berat badan naik dengan lebih mendadak. Malah, nafsu makan bagai tidak dapat dikawal lagi sehingga berjaya merekod pencapaian makan tanpa henti. Mengapa perkara sedemikian terjadi??? 

Apabila berdiet, sebenarnya nilai kalori yang penting dan mestilah tidak terlalu rendah. Kalori yang diperlukan oleh tubuh sehari sekitar 1200- 1500 kalori. Jika kalori terlalu rendah menyebabkan metabolisme tubuh bertindak balas dan akan diperlahankan. Akibatnya, tubuh akan menjadi malas untuk membakar lemak. Jika diet tidak lagi diteruskan maka kalori yang berlebihan menjadi lebih sukar dibakar. Ini akan menyebabkan jisim badan naik mendadak berbanding jisim sebelum berdiet.

Bagi mengelakkan metabolisme menjadi rendah, sebaik- baiknya lakukan senaman sekurang- kurangnya 3 kali seminggu.  Senaman dapat menggerakkan enjin di dalam badan untuk terus membakar lemak.

Perlu kita tahu apabila berdiet, kita dipengaruhi oleh sejenis hormon yang dipanggil leptin. Hormon ini dirembeskan oleh sel lemak yang akan memberi isyarat ' aku sudah kenyang' kepada tubuh dan merangsang pembakaran lemak.

Mereka yang berdiet dan secara tiba- tiba mempunyai selera makan yang meningkat berkemungkinan hormon leptin berada pada paras yang tinggi namun tidak dapat menjalankan fungsinya kerana berlaku keadaan yang disebut sebagai ketidakpekaan leptin. Ini bermaksud isyarat yang sepatutnya dibaca oleh otak untuk berhenti makan tidak berlaku. Akibatnya, mereka akan terus makan dan lemak badan yang sedia ada langsung tidak dirangsang untuk dibakar walau bersenam sekalipun.

Tips untuk memastikan hormon kenyang ini.dapat dimanfaatkan disamping mengelakkan keadaan ketidakpekaan leptin:

1. Jangan makan selepas makan malam dan pastikan jarakkan 12jam sebelum sarapan pagi. Contoh, jika makan malam anda jam 7 petang, maka.sarapan anda mesti diambil selepas jam 7 pagi.

2. Jarakkan tempoh sekurang-kurangnya 3 jam selepas makan hingga waktu tidur. Badan telah diprogramkan untuk berhenti memproses makanan ketika tidur dan menggunakan lemak yang ada di samping nutrisi lain untuk membaikpulih dan membina semula sel-sel badan ketika rehat.

3. Makan protein untuk sarapan. Ia bertahan lebih lama dalam perut berbanding karbohidrat. Sekaligus dapat mengelakkan lapar dengan lebih cepat.

4. Pada waktu siang, jarakkan 5 jam di antara waktu makan yang lain. Banyakkan meminum air kosong di antara tempoh tersebut. 

5. Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti nasi, kuih- muih, minuman manis, roti dan sebagainya. Lebihkan karbohidrat kompleks dan serat serta protein.

6. Gunakan pinggan yang lebih kecil untuk membantu mengurangkan jumlah makanan yang diambil. Kunyah makanan dengan perlahan.

7. Atasi Stres dan lakukan senaman secara berkala. Senaman mampu merembeskan serotonin yang mendatangkan mood yang ceria.

8. Tidur dengan cukup antara 7 hingga 8 jam sehari.





Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
Shaklee Independent Distributor
964127
NOORASMAH KARIM
019-7399253/014-2069522 (SMS/WhatsApp)
FB Page: Ibusrikandi
nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram