Resepi Cheesekut Mealshake

Thursday, May 29, 2014

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua! Nak kongsi lagi satu resipi pencuci mulut iaitu Cheesekut. Konon- konon nak cuba Melty Cheese tapi tak berapa nak rajin. Lagipun bahan-bahan untuk Cheesekut tu mudahnya.

Sumber ilham daripada Mem Sue.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Biskut kraker ( ataupun ubahsuai ikut biskut kegemaran) 
  • Keju krim 250g
  • Susu manis ( 4 sudu besar) suaikan dengan keju
  • Nesting Original ( 5 sudu besar)
  • Susu segar/ penuh krim ( untuk rendam biskut)-->> diganti dengan 

Cara-cara membuat:

  • Masukkan krim keju ke dalam bekas dan pukul hingga krim menjadi putih.
  • Kemudian masukkan susu manis sedikit demi sedikit. Kalau terlebih susu tenggelam rasa keju.
  • Pukul lagi sekali untuk 3 minit. Letakkan tepi seketika. 
  • *Rendam biskut kraker dalam susu segar/ penuh krim. Kugantikan dengan Mealshake bancuh dua sudu besar.
  • Jangan rendam lama- lama nanti hancur sekadar melembutkan biskut sahaja. **Susunkan di dalam bekas atau loyang.
  • *Kemudian sapukan nipis-nipis dengan krim keju yang dipukul tadi. 
  • *Tabur dengan Nestum. 
  •  Ulang * hingga krim habis.
  • Akhir sekali lapisan ditabur dengan Nestum dan Mealshake.
  • Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam. 
  • Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan. 



Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
Shaklee Independent Distributor
964127
NOORASMAH KARIM
019-7399253/014-2069522 (SMS/WhatsApp)
FB Page: Ibusrikandi
nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram