Kerjaya Surirumah

Wednesday, April 23, 2014

Assalamualaikum dan Selamat petang kepada pembaca yang masih setia di blog Ibusrikandi.

Petang-petang yang mendung namun mendamaikan jiwa ni mengimbau kembali kenangan manis ketika baru berkahwin..huhuhu

Orang muda..masih hijau lagi dengan alam rumahtangga. Kena berdikari...tambahan pula masa tu memang tak bekerja..terlalu indah perasaan ketika itu. Masa tu memang takde apa-apa lagi kat rumah cuma keperluan yang wajib je. Almaklum lepas tamat belajar jodoh datang dulu.G selamat
.
Lagi pula Zaman awal 20-an dulu minat dalam bisnes memang langsung tiada..memang meluat kalau orang datang depan pagar rumah nak jual-jual barang..tapi tu lah yang kita tak suka tu yang datang pada kita.

Lepas dapat anak sulung, Allah bagi rezeki dapat kerja kontrak dengan gomen. Syukur dapat jugak duit belanja untuk tambah-tambah keperluan rumah.

Macam mana boleh terjebak dalam bisnes ni bila tengok adik sendiri jual tudung. Masa tu tertarik-cari jugak apa bisnes yang mudah nak dibuat.

Pertama kali berbisnes jual minyak wangi. Alhamdulillah sebagai permulaan lepas la modal yang dikeluarkan. Masa tu mengandungkan anak yang kedua. Namun, hasrat terhenti kerana mengikut suami bertukar tempat kerja dan pembekal minyak wangi pun dah tak bekalkan lagi stok.

Ketika itu, tak lah terlalu aktif di alam maya. Sehinggalah pada satu ketika, ketika sedang membuat persiapan akhir untuk kelahiran, saya menjengah- jengah senarai semak untuk bersalin di alam maya.
Saya terpandang beberapa set pantang. Terlalu sukar untuk membuat pilihan. Ketika itu jugalah pertama kalinya saya mendengar jenama Shaklee.

Bila dicongak-congak, agak tinggi juga bajet yang perlu dikeluarkan. Sebab saya hanya memandang dari sudut harga. Maklumlah, saya ni dulu bukanlah jenis yang makan suplemen. Maka, saya menggunakan jenama yang biasa keluaran Malaysia.

Apabila hamil anak ketiga, saya sentiasa mendapatkan info tentang Shaklee kerana saya lihat ia seperti viral. Seperti semua orang menggunakannya kecuali saya.
Dari hari ke hari, saya mengikuti info produk sehingga kehamilan masuk ke trimester ketiga, saya membeli juga set pantang yang lengkap.

Saya hanya mula makan Vitalea sejurus selepas bersalin anak ketiga. Saya membawa bekal vitamin tersebut ke hospital. Alhamdulillah memang bersyukur sangat kerana selepas dua kelahiran, air susu hanya keluar apabila diurut. Kali ini, air susu lancar.
Istimewa lagi badan memang terasa segar.

Habis pantang bulan pertama, saya terus daftar menjadi ahli. Baru saya tau bila dah jadi ahli, harga produk jauh lebih murah. Saya yakin dengan keberkesanan produk ini dan mula berkongsi kebaikannya dengan ahli keluarga.

Saya bersyukur kerana telah mendaftarkan keahlian dengan insan yang tepat dan berada di dalam susur galur yang hebat. Daripada sifar saya diajar tentang selok belok perniagaan Shaklee ini.

Mungkin buat masa ini saya masih makan gaji dan saya berhasrat untuk menjadikan kerjaya Surirumah yang bergaji 6 angka menjadi kenyataan dengan Shaklee.
Peluang yang sama untuk anda pembaca di luar sana. Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu dan keadaan hidup yang mendesak menjadikan perniagaan sebagai alternatif sumber kewangan. Semua orang ada peluang yang sama tetapi terpulang atas tindakan yang empunya diri. Betul pepatah menyatakan "hendak seribu daya tak nak seribu dalih "

Asma el Kareem
SID 964127
0197399253 / 0142069522
nash_gal@yahoo.com


Posted via Blogaway

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram