Kerjaya Surirumah Part 2

Thursday, April 24, 2014

Kerjaya Surirumah

Shaklee sangat sesuai dijadikan sebagai sumber pendapatan tidak kira kepada insan bekerja makan gaji seperti saya atau pun surirumah seperti anda.

Mengapa begitu?
Pada zaman yang sibuk semua orang mengejar masa (tanda-tanda tu!! Masa dirasakan semakin singkat), rutin harian menjadi tidak tentu arah. Waktu makan tidak terjaga malahan sumber makanan agak sukar untuk mencari yang betul-betul bersih dan segar. Apa tidaknya, tanah-tanah lebih banyak dibangunkan untuk tujuan pembangunan yang dikatakan maju (tapi banyak juga lot-lot yang tidak terjual, lalu disewakan kepada pendatang asing dijadikan sebagai asrama!!) Tiada lagi pemandangan yang indah dan hijau. Oleh sebab itu, makanan tambahan diperlukan untuk menampung keperluan zat bagi tubuh untuk menjalankan fungsi masing-masing dengan lebih cekap.

Namun, ada sesetengah orang yang begitu skeptikal dengan pengambilan suplemen (tidak mengapa; pilihan masing-masing). Yang lebih gemar menyukakan bahan-bahan semula jadi (Mereka tanam sendiri pokok sayuran dan buahan di laman rumah mereka yang luas; Ikan dan ayam diternak sendiri). Namun, tidak bagi saya. Saya memerlukan suplemen memandangkan keupayaan saya untuk menyediakan zat-zat yang cukup untuk saya dan anak-anak adalah terbatas.

Mengapa Shaklee mudah untuk dibuat?
Sekali lagi ucapan syukur dipanjatkan kerana berada di dalam kumpulan yang betul. Saya diberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk bermula di dalam Shaklee. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka berpendapat bisnes ini MLM yang hanya tunggu duit masuk!! Tidak sama sekali! Kejayaan yang datang sekelip mata pasti tidak bertahan lama kerana Shaklee menggunakan konsep siapa buat dia dapat.

Bimbingan yang diperlukan juga tidak memerlukan saya untuk keluar rumah sehingga lewat malam untuk mendapatkan ilmu pemasarannya. Apa yang digunakan hanya android/laptop dan talian internet yang baik. Keluarga Shaklee kami ibarat adik-beradik yang sangat akrab walaupun tidak bersua muka namun dapat dirasakan eratnya ukhuwah tersebut.

Konsep Shaklee sangat mesra keluarga. Ini yang paling saya suka kerana boleh melibatkan suami dan anak-anak. Makanya, mereka tidak perlu ditinggalkan di rumah atau dengan pengasuh. Sebab apa, memang konsepnya begitu yang sangat mesra keluarga. Seperti majllis anjuran Shaklee baru-baru ini, pengalaman pertama menghadirinya dan dapat dirasakan bahawa apa yang saya buat ini BETUL.

Saya berazam untuk meneruskan perjuangan ini dengan memberikan perkongsian tentang penjagaan kesihatan dan kebersihan yang baik menggunakan Shaklee. Walaupun dipandang sinis oleh rakan-rakan kerana saya yakin bahawa mereka juga sebenarnya ingin membuat perkara yang sama cuma EGO yang tinggi. Mereka terlalu selesa dalam zon mereka.

Saya bertekad untuk terus berjaya dalam SHAKLEE.


Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
Shaklee Independent Distributor
964127
NOORASMAH KARIM
 019-7399253/014-2069522 (SMS/WhatsApp)
FB Page: Ibusrikandi
nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram