Keranamu Badan Merana

Friday, April 11, 2014

Kesihatan terabai dek Gajet

Tidak! Tidak! Tidak!

Bukan saya, tetapi kebanyakan di kalangan anda.

Mengapa sampai macam itu?

Saya bersyukur kerana perkembangan teknologi yang ada sekarang malah semakin maju dan lebih canggih. Kini, setiap dari kita pasti ada sekurang-kurangnya satu gajet, betul tak?

Betulkah kerana Sony Experia, kusanggup tak tidur, tak makan umpama makan Experia, Tidur Experia ? Adakah anda begitu?

Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa gajet sangat penting dalam kehidupan mereka. Gajet membantu memudahkan tugas-tugas tidak kira bidang apa sekalipun. Bila tiada di tangan rasa tidak lengkap hidup. Kadangkala gajet ini boleh melekakan sesetengah pemiliknya sehingga bersengkang mata menghadap gajet sehingga mengantuk pada keesokan harinya.

Perkembangan teknologi menyebabkan manusia meninggalkan aktiviti riadah. Cukuplah sekadar menjadikan sebagai rutin  3 kali seminggu untuk menyihatkan tubuh. Apabila berterusan, potensi untuk mengalami obesiti adalah cukup tinggi. Mereka lebih rela menghabiskan masa yang lama dengan gajet daripada mengamalkan gaya hidup sihat.

Tahukah anda, bahawa terlalu lama menghadap gajet boleh menyebabkan fungsi otak terjejas, malah mata juga menjadi malas dan letih dan juga anggota-anggota tubuh yang lain turut merasa kesannya.

Apabila kita melaksanakan sesuatu tugasan, kita hendaklah bersyukur kerana terciptanya gajet untuk bantu memudahkan tugasan kita. Namun, kita perlu tanamkan dalam diri kita bahawa setiap daripada sesuatu perkara itu ada batasannya dan peruntukkan sedikit masa untuk kita melakukan aktiviti riadah yang jauh lebih praktikal dan membantu menyihatkan tubuh badan.











You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram