Kencing Manis dan jenis-jenisnya

Monday, April 07, 2014

Kencing Manis dan jenis-jenisnya

Kencing manis atau istilah lain dipanggil diabetis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:

1. Diabetis Jenis 1 (bersandar kepada insulin)

Kencing manis jenis ini boleh menjalankan kehidupan seperti biasa selagi mendapat suntikan insulin. Penghidap diabetis jenis ini boleh maut sekiranya tidak mendapat bekalan insulin dalam tempoh yang singkat. Diabets jenis 1 terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas iaitu sel yang menghasilkan hormon insulin untuk menukarkan glukosa kepada tenaga.
Kekerapan diabetis ini ialah pada golongan kanak-kanak dan remaja dan mereka yang mengalami serangan autoimun, faktor genetik dan keadaan sekelililing.
p/s: bagi ibu bapa yang mempunyai anak penghidap diabetis jenis 1, mereka perlu peka terhadap pemakanan dan bacaan paras gula anak mereka untuk mendapatkan dos insulin yang betul. Kekurangan atau berlebihan dos insulin boleh mendatangkan mudarat kepada mereka.

2. Diabetes Jenis 2 (bebas insulin)

Diabetis  jenis ini berlaku apabila insulin tidak digunakan dengan optimum. Apabila keperluan penggunaan insulin meningkat, kelenjar pankreas tiddak mampu untuk merembeskan insulin secukupnya. Diabetis jenis ini biasanya berlaku seiring dengan peningkatan usia, obesiti, keturunan dan gaya hidup. Kini, kanak-kanak dan golongan muda juga terdedah kepada penyakit ini.

3. Diabetis ketika hamil (gestational diabetis)

Ada juga wanita hamil mengalami kencing manis atau disebut sebagai gestational diabetis. Faktor keturunan dan wanita yang kuat makan menyebabkan ia berlaku. Rawatan sangat diperlukan sekiranya mengalami kencing manis ketika hamil. Sebahagian besar wanita kembali sembuh setelah bersalin manakala sebahagian yang lain akan terus menghidapi kencing manis jenis 2. Ibu hamil yang mempunyai kencing manis mendatangkan risiko jaundis kepada bayi untuk sekiranya tidak dirawat dengan betul.




Sekiranya anda mempunyai masalah kandungan gula dalam darah dan ingin mencuba suplemen untuk membantu mengawal paras gula, anda boleh hubungi:

Asma el Kareem
SID 964127
019-7399253
014-2069522


You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram