Suplemen Shaklee yang Tidak Boleh Diambil

Tuesday, February 04, 2014

Assalamualaikum,

Dalam berkongsi kebaikan-kebaikan vitamin Shaklee, ada juga sesetengah vitamin yang tidak boleh diambil. Oleh itu, entri yang ini khusus untuk mengingatkan kepada bakal pengguna vitamin Shaklee agar menjelaskan dengan TERANG dan NYATA sekiranya anda mempunyai penyakit tertentu yang perlu saya tahu. Mengapa? Supaya anda mendapatkan khidmat nasihat yang betul dan sesuai untuk penyakit yang anda alami itu. Dan saya ingatkan sekali lagi agar mendapatkan dahulu nasihat daripada doktor anda sebelum mencuba suplemen ini.


Ramai juga yang masih beranggapan bahawa Shaklee ialah ubat. Tanggapan ini harus diperbetulkan terlebih dahulu ye. Shaklee ialah makanan tambahan atau suplemen, hanya mencukupkan kekurangan keperluan zat dalam pengambilan makanan seharian kita atau kita mungkin jenis yang tak sempat makan.
Walaupun begitu, ada sesetengah makanan tambahan yang boleh mendatangkan mudarat atau menjadikan punca penyakit anda menjadi aktif.

Suplemen yang disebutkan adalah yang tidak sesuai diambil oleh pesakit yang berikut: 
  1. Hyperthyroid – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana di dalamnya terdapat IODIN. Pesakit hyperthyroid tidak digalakkan untuk mengambil iodine kerana kandungan iodine di dalam darah  tinggi. Pengambilan iodin akan meningkatkan lagi parasnya dalam darah.
  2. SLE – Tidak boleh mengambil Alfalfa dan juga Vitalea. Walaupun di dalam vitalea hanya terdapat sedikit alfalfa powder, namun tidak disarankan apatah lagi jika anda sedang mengandung. Jika mahu juga mengambil Vitalea, perlu dapatkan konsultasi daripada doktor bertauliah. 
  3. G6PD – Tidak boleh mengambil ALFALFA kerana ALFALFA kaya dengan Vitamin K. Bagi anda yang mempunyai masalah ini, set penyusuan yang disarankan adalah EU FOUR PACK PLUS.
  4. Thalasemia – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana ianya telah diformulasi dengan IRON. Pesakit thalasemia perlu mengurangkan pengambilan Iron kerana jika berlebihan boleh memudaratkan diri sehingga perlu melalui proses pemindahan darah.Jika anda mengandung, sila dapatkan nasihat daripada doktor bertauliah. 
  5. Diabetes Tahap 3-4 - Tidak sesuai ambil ESP yang tinggi protein tetapi kidney pesakit tidak dapat memproses protein dengan sempurna.

Jika anda ingin mencarikan suplemen untuk ibu bapa anda juga perlu diterangkan dengan secara terperinci ye.Saya bukanlah doktor yang bertauliah dan perkongsian di blog ini pun berdasarkan pengalaman, pembacaan dan juga testimony pengguna. Jadi saya tidak mahu product SHAKLEE disalahkan jika anda tidak mendapat kesan yang diharapkan sedangkan mungkin silap saya yang tidak memberikan konsultasi secara terperinci. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Kredit: mama solehah

Untuk tempahan suplemen/ pertanyaan, hubungi:

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram