Lima panduan Miliki Kulit Idaman

Sunday, February 09, 2014

Anda menghadapi masalah kulit?
1. Tona dan tekstur kulit tidak sekata??
>> kulit menjadi kurang berseri, nampak menggerutu dan tidak bersinar jika dipenuhi dengan tompok-tompok kasar. Secara tidak langsung akan membuatkan kulit menjadi kusam, gelap dan berbelak-belak.

2. Nyahhidrat??
>>Kulit juga menjadi kusam dan tidak bermaya jika berlaku penyahhidratan atau kekurangan air. Kulit akan menjadi tidak sihat.

3. Edaran mikro yang lemah?
>>Pengaliran darah di kulit yang lemah dapat dilihat tandanya seperti lingkaran gelap di bawah mata.

4. Kolagen lemah dan tidak tersusun??
>>Kolagen sangat diakui penting untuk kelihatan cantik. Kolagen mempengaruhi usia untuk membuatkan kulit kekal anjal dan kuat. Namun, semakin meningkat usia, serat kolagen semakin lemah dan tidak tersusun. Timbul garis-garis halus dan kedutan menyebabkan kulit hilang serinya.

5. Bintik-bintik di wajah??
>>Bintik-bintik samar, degil, berulang dan kabur merupakan bintik kecil yang wujud pada permukaan kulit. Walaupun tidak ketara, namun boleh menyebabkan tona kulit menjadi tidak sekata.

Bagaimana cara untuk mendapatkan kulit idaman yang cantik berseri bersinar-sinar?
1. Penjagaan Asas
~~penjagaan asas merupakan langkah pertama untuk memiliki kulit yang cantik. Khusus bagi yang bermasalah kulit, atasi dulu masalah anda sebelum anda terus- menerus mencuba produk pencerahan. Masalah anda akan menjadi lebih teruk jika anda tidak selesaikan masalah itu. Jumpalah dengan pakar dermatologi untuk mendapatkan nasihat bagi anda yang bermasalah kulit berminyak atau berjerawat.

2. Pelembap yang Sesuai
~~Kulit mengelupas ialah perkara lazim dalam proses pencerahan bagi anda yang mempunyai kulit kering. Ia perlu bagi menggantikan lapisan kulit gelap dengan lapisan yang baru. Maka, penggunaan pelembap penting dan perlu dipastikan agar ia bersesuaian dengan kulit anda.

3. Krim pelindung Matahari
~~Anda perlu berwaspada apabila membeli produk kecantikan kerana tidak semua yang menawarkan perlindungan sinaran UVA dan UVB. UVA menjadi penyebab kepada penuaan, kedutan dan tona tak sekata manakala UVB menyebabkan kulit terbakar. Anda disarankan untuk menggunakan produk yang menawarkan perlindungan SPF50 perlindungan yang lebih tinggi.

4. Lulur badan
~~Bagi yang gemarkan cara tradisional, lulur badan digalakkan untuk membuang sel kulit mati. Kaedah lulur mampu membuatkan kulit lebih cantik dan nampak cerah. Namun, perlu berhati-hati agar tidak terlalu kasar apabila melulur kerana boleh menyebabkan luka pada kulit. Berhati-hati juga dengan sel yang rosak kerana ia boleh menimbulkan masalah jerawat pula.

5. Amalan Vitamin C
~~Keanjalan kulit dan pencegahan pengeluaran melanin dapat dikawal dengan pengambilan vitamin C 1000mg. Kulit yang gelap mempunyai risiko ditumbuhi melanin yang menyebabkan pigmentasi.

Produk Shaklee juga ada menawarkan produk dan suplemen untuk kecantikan dan kesihatan tubuh dan wajah.
Antara produk terlaris untuk kecantikan kulit yang sering diamalkan oleh pengguna ialah:
>> Vitamin C Sustained Release
>> ESP
>> Vitamin E
>> Collagen Powder
>> GLA
>> Bcomplex
>> Vivix

Jika anda berminat untuk mencuba/ khidmat nasihat, hubungi


You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram