Atasi Katarak dengan Vitamin Shaklee

Sunday, February 09, 2014

Sejajar dengan perkembangan Malaysia menuju negara maju seiring dengan pertambahan bilangan penduduk berusia, kita akan berdepan dengan pelbagai isu kesihatan dan perubatan. Anggaran 48% penduduk dunia mengalami masalah buta disebabkan oleh katarak.


Katarak berlaku apabila terdapat lapisan kelabu (tidak jernih) pada kanta mata. Cahaya yang lazim melalui kanta mata tidak dapat dipantulkan menyebabkan imej yang terhasil tidak jelas.

Katarak ada 3 jenis iaitu katarak yang berkaitan dengan usia, katarak kongenital dan katarak sekunder.

Katarak yang berkaitan dengan usia paling biasa dialami berbanding dua jenis yang lain. Kanta mata manusia mempunyai banyak air dan protein yang larut air. Semakin meningkat umur, protein yang larut air akan bertukar menjadi tidak larut air.

Pengumpulan protein yang tidak larut air akan mula menghasilkan lapisan kelabu secara nipis pada kanta mata. Inilah penunjuk bahawa katarak terjadi. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, lapisan tersebut akan membesar dan menutupi sebahagian besar kanta mata. Dengan perlahan-lahan, penglihatan akan mulai kabur.

Katarak kongenital ialah katarak yang terjadi semasa kelahiran atau berkembang semasa zaman kanak-kanak. 30% daripada katarak kongenital ini diwarisi daripada ibu bapa. Ada yang mengalaminya kerana ibu mereka terkena jangkitan ketika hamil dan ada juga yang tidak diketahui puncanya. Katarak jenis ini juga perlu dirawat dengan segera untuk mengelakkan terjadinya 'mata malas' iaitu fungsi penglihatan tidak dapat berkembang dengan normal.

Katarak sekunder pula berlaku akibat penyakit mata lain seperti radang mata, kecederaan mata, dan keadaan perubatan seperti diabetis mellitus. Punca lain pula seperti terdedah kepada bahan-bahan toksik atau ubatan seperti steroid, antipsikotik, radiasi atauu terdedah terlalu lama kepada cahaya ultraungu.

Lazimnya, katarak dirawat melalui pembedahan.

Sekiranya anda didiagnosis dengan katarak dapatkan nasihat doktor untuk mencuba suplemen Shaklee.

Suplemen cadangan untuk katarak dan juga sesuai untuk masalah mata yang lain:

Carotomax - Klik sini
Vitamin C - Anti oksidan yang membantu mengurangkan risiko katarak
Vitamin E - anti Oksidan yang membantu mengurangkan risiko katarak
tambahan
Ostematrix - membantutkan pertumbuhan katarak
Vivix - klik sini

Untuk keterangan lanjut, hubungi


You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram